Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, January 28, 2015

Gangguan HATI BERLEMAK


OLEH NURSYAMIMI SAIDI NURSYAMIMI.SAIDI@UTUSAN.
COM.MY
27 Januari 2015 2:59 PM

1.0 Penyakit hati berlemak mungkin jarang didengari oleh kebanyakan orang. Namun, penyakit ini sebenarnya menjadi kebimbangan seluruh dunia berikutan peratusan penghidapnya yang meningkat saban tahun.

2.0 Di Malaysia, penyakit hati berlemak dikategorikan kepada dua iaitu steatosis alkohol (pengambilan alkohol berlebihan) dan hati berlemak bukan alkoholik atau lebih dikenali sebagai NAFLD.

3.0 Kajian menunjukkan NAFLD menjadi penyakit kronik utama dalam kebanyakan negara industri seperti di Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik.

4.0 Di negara ini pula, 80 peratus individu yang menghadapi masalah kegemukan atau obesiti menghidapnya.

5.0 NAFLD merupakan sejenis gangguan hati kronik yang merangkumi penyakit hati tanpa pengambilan alkohol yang serius.

6.0 Susulan itu, penghidap berisiko mendapat fibrosis, steatosis bukan alkoholik (NASH), kegagalan hati dan kanser hati.

7.0 Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun kepada kanak-kanak kecil, penyebab sebenar NAFLD masih belum diketahui.

8.0 Begitupun, penyakit tersebut berkait rapat dengan obesiti, kencing manis melitus (DM) jenis 2, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) dan sindrom metabolik (MS).

9.0 Presiden Yayasan Hepar Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kesedaran di negara ini tentang NAFLD dan bahayanya masih lagi kurang.

10.0 Sedangkan katanya, penyakit tersebut boleh wujud sejak bertahun-tahun tanpa dikesan sehinggalah pemeriksaan rutin dijalankan.

“Pada kebiasaannya pesakit yang mempunyai risiko untuk menghidap NALFD akan di kesan mempunyai keganjilan pada ujian darah fungsi hati atau kadar ALT atau AST yang tinggi.

“Namun pada sesetengah pesakit, biopsi hati mungkin dijalankan untuk memastikan kewujudan lemak pada hati dan tahap penyakit tersebut.

“Kebanyakan pesakit tidak menyedarinya. Malah pemeriksaan biasa tidak mampu mengesan kehadiran lemak pada hati.

“Pada tahap tersebut, penyakit ini mungkin sudah berevolusi ke peringkat yang seterusnya seperti pembentukan parut pada hati (sirosis) atau lebih teruk lagi boleh berlaku iaitu kanser hati,” katanya ketika majlis perbincangan bersama media tentang NAFLD dan kesedarannya di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

11.0 Ujar Dr. Mohd. Ismail lagi, dalam kebanyakan kes , NAFLD tidak menyebabkan berlakunya apa-apa tanda atau gejala sehingga mencapai tahap yang lebih malignan yang menyulitkan diagnosis.

12.0 Keadaan yang tidak disedari ini akan berlarutan dalam jangka masa yang panjang.

13.0 Terdapat juga peratusan kecil kes yang menunjukkan penghidap mengalami keletihan, berat badan berkurangan, hilang selera makan, nausea, sakit di bahagian perut, dan penyakit kuning (jaundis).

14.0 Di Malaysia, golongan yang berisiko menghidap NAFLD adalah mereka yang obes, jantina lelaki dan berketurunan India, kerana kajian menunjukkan mereka berada di tahap pertama dalam peratusan kes yang telah berlaku.

“Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh.

“Bagaimanapun, apabila seseorang itu menghadapi masalah obesiti, keadaannya mempengaruhi metabolisme lemak. Apabila proses metabolisme lemak terganggu, lemak boleh berkumpul di dalam hati dalam jumlah yang berlebihan sehingga mengakibatkan hati berlemak,” katanya.

15.0 Dalam pada itu, mengulas lebih lanjut tentang penyakit tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hepar Malaysia, Datuk Prof. Dr. Nor Shahidah Khairullah berkata, disebabkan kaitan NAFLD yang rapat dengan obesiti dan diabetes, pengubahan gaya hidup kekal sebagai cara yang paling berkesan dalam usaha menangani penyakit ini.

“Pesakit dinasihatkan agar mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih sihat, aktif secara fizikal, dan mengurangkan berat badan yang berlebihan.

“Dalam sesetengah kes, beberapa diet tambahan boleh membantu mengurangkan lemak di hati, namun kajian masih dijalankan untuk menentukan kepentingannya dalam rawatan NAFLD.

“Kajian awal menunjukkan Fospolipid Penitng (EPL) menunjukkan keberkesanan tinggi dalam menangani hati berlemak. Fospolipid dikenali sebagai unit asas dalam binaan membran sel hati yang menyokong fungsi utama organ tersebut,” katanya.

16.0 Atas sebab itu pesakit perlu berada pada tahap paling optimum dalam penjagaan penyakit masing-masing, seperti kawalan diabetes yang baik, pengurangan pemakanan berlemak bagi menurunkan tahap kolesterol, dan pengurangan berat badan pada mereka yang obes.

“Senaman dan aktiviti riadah hendaklah digalakkan kepada pesakit kerana senaman adalah berkesan untuk mengurangkan sel lemak di hati.

“Amalan hidup sihat perlu ditekankan. Kajian telah membuktikan bahawa pengurangan berat badan akan membantu pengurangan tahap penyakit hati berlemak pada seseorang pesakit,” ujarnya.

17.0 Katanya, sehingga kini, biopsi hati kekal sebagai cara utama dalam menentukan NAFLD dan kaedah-kaedah lain seperti Tomografi Berkomputer (CT), Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), Ultrasonografi (US) dan penggabungan teknik, membantu mengesan penyakit ini.

18.0 Walaupun banyak kemajuan yang berjaya dicapai ke arah meningkatkan pemahaman tentang NAFLD, sebenarnya lebih banyak lagi penyelidikan perlu dijalankan.

“Ini bagi mewujudkan garis panduan klinikal dan kaedah rawatan rasmi demi menangani penyakit tersebut dengan lebih baik.

“Kerjasama antara semua pihak menjadi kunci utama yang bukan sahaja kepada penyelidikan, tetapi juga bagaimana untuk menghentikan trend kesihatan yang membimbangkan ini.

“Pendekatan yang lebih proaktif ke arah menangani NAFLD yang lebih baik juga perlu dititikberatkan oleh kerajaan, profesional perubatan dan individu itu sendiri.

http://m.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/gangguan-hati-berlemak-1.53071

Sunday, November 2, 2014

Hati Berlemak Fetty liver

Pengenalan
Fatty liver adalah satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Fatty Liver merupakan satu spektrum penyakit hati
  • pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis)
  • dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan
  • juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan
  • akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.
Sirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab (antaranya fatty liver) dan seterusnya memyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma.
Pesakit yang mempunyai fatty liver telah di kenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik) hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, atau pun pengambilan alkohol tersebut tidak signifikan.
Pesakit tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah obesiti, diabetes mellitus, darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap `sindrom metabolik`. Walau bagaimana pun, fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.
Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa fatty liver di kesan dalam 20 % populasi penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar fatty liverdi Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Lingkungan umur pesakit fatty liveradalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.
Gejala/Tanda
Kebanyakan pesakit yang mengidap fatty liver tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun berikut adalah tanda-tanda yang boleh didapati :
  • Letih
  • Kurang selesa pada bahagian abdomen – di rusuk kanan
  • Pembesaran hati (hepatomegaly)
  • Ujian darah fungsi hati (Liver Function Test) yang tidak normal (alanine amino transaminase atau ALT dan aspartate transaminase atau AST) Kebanyakan pesakit dikesan melalui cara ini.
Pada kebiasaannya pesakit yang mempunyai risiko untuk mengidap fatty liver (seperti obesiti, diabetes pada contohnya) akan di kesan mempunyai keganjilan pada ujian darah fungsi hati atau kadar ALT atau AST yang tinggi. Seterusnya ujian skan abdomen akan mengesahkan kewujudan fatty liver. Namun pada sesetengah pesakit, biopsi hati mungkin di jalankan untuk memastikan kewujudan fatty liver dan tahap penyakit tersebut.
Hati yang normal
Hati berlemak
Sirosis hati
HISTOLOGI HATI NORMAL DAN HATI BERLEMAK
Komplikasi
Pesakit yang mengidap fatty liver pada jangka panjang boleh mendapat sirosis seperti pesakit sakit hati kronik yang lain. Pesakit yang mengidap sirosis boleh mendapat gejala ascites (pengumpulan cecair di bahagian abdomen), muntah darah disebabkan oleh pendarahan salur varices di salur pemakanan dan juga hepatik enkephalopathi (koma disebabkan oleh kegagalan fungsi hati). Pesakit yang sudah mengidap sirosis juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser hati atau hepatoma.
Pesakit yang mengidap penyakit-penyakit yang mempunyai risiko untuk fatty liver seperti diabetes, darah tinggi dan dyslipidemia hendaklah menjalani rawatan susulan yang berterusan dengan doktor masing-masing kerana fatty liver adalah penyakit yang tidak mempunyai tanda-tanda yang ketara pada peringkat awal. Pencegahan awal akan dapat mengelakkan pesakit mendapat sirosis dan seterusnya mengalami komplikasi yang disenaraikan di atas.
Rawatan
Pesakit yang mengidap fatty liver boleh mendapat sirosis pada jangka masa panjang.Atas sebab itu pesakit perlu berada pada tahap paling optimum dalam penjagaan penyakit masing-masing seperti kawalan diabetes yang baik, pengurangan pemakanan berlemak bagi menurunkan tahap kolesterol, penjagaan tahap tekanan darah yang baik dalam pesakit darah tinggi dan pengurangan berat badan pada mereka yang obese. Senaman dan aktiviti riadah hendaklah digalakkan kepada para pesakit dan senaman adalah berkesan untuk mengurangkan sel lemak di hati.. Amalan hidup sihat hendaklah ditekankan. Kajian telah membuktikan bahawa pengurangan berat badan akan membantu pengurangan tahap penyakit fatty liver pada seseorang pesakit. Pelbagai jenis ubatan telah di uji namun hasilnya tidaklah begitu memberangsangkan.
Pencegahan
Pesakit yang berisiko tinggi bagi mengidap fatty liver hendaklah di kenal pasti dan di beri rawatan awal sebaik mungkin. Tabiat pemakanan yang seimbang adalah penting bagi mengelakkan masalah obesiti dan konsultasi pakar diet atau pemakanan boleh membantu. Seterusnya kesemua pesakit yang di syaki mempunyai fatty liver hendaklah di rujuk awal kepada pakar hepatologi bagi melancarkan lagi program rawatan fatty liver. Pakar endokrin akan membantu pesakit diabetes dalam penjagaan tahap diabetes. Pencegahan yang paling penting adalah mengelakkan wujudnya sindrom metabolik, pengamalan cara hidup sihat dan menjauhkan amalan makan secara berlebihan hingga menyebabkan obesiti.
Semakan Akhir:20 Jun 2014
Penulis:Dr. Shamsul Amri Ismail
Akreditor:Dr. Tan Soek Siam
Penyemak:Dr. Hamiza bt. Shahar
 terimakasih sumber:http://www.myhealth.gov.my/index.php/hati-berlemak

Wednesday, November 27, 2013

Buang pundi hempedu elak batu karang


pundi hempedu turut dibuang bagi mengelakkan daripada terhasilnya batu sekali lagi.


Contoh kes :
SETIAP kali selepas menikmati hidangan tengah hari, Rozita Amir, 40, akan mengalami sakit seperti senak di bahagian perut. Sakit tersebut memang mengganggu tugasannya kerana ia berlarutan sehingga sejam lamanya. Sangkanya, dia menghidapi gastrik namun setelah pemeriksaan oleh doktor pakar mendapati beberapa ketulan batu bersaiz guli terdapat dalam pundi hempedu Rozita.
Awas jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, kerana risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu agak tinggi untuk anda.
Menurut Pakar Bedah Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Nanda Kumar Rajendram, perubahan hormon dan mendapan kolesterol di bahagian hempedu antara punca mengapa bilangan wanita menghidap penyakit ini tinggi.
"Penyakit batu karang hempedu ini juga kerap dihadapi oleh wanita yang mempunyai anak ramai," jelas beliau ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.
Dr. Nanda Kumar menjelaskan, pundi hempedu menghasilkan hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan pekat yang mengumpul cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.
"Apabila seseorang makan, pundi hempedu akan mengembang dan menguncup serta menyerap kandungan kolesterol, lemak dan minyak daripada makanan yang dimakan itu.
"Akan tetapi, apabila cecair hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk batu keras yang dikenali sebagai batu karang hempedu. Saiznya pula bergantung, sama ada yang sekecil guli dan boleh jadi hingga sebesar bola golf.
"Apabila batu karang telah wujud di dalam hempedu, tiap kali anda memakan makanan yang mengandungi lemak, minyak serta kolesterol, pundi hempedu yang mengembang dan menguncup itu akan terasa sakit," terang Dr. Nanda Kumar lagi.
Beliau berkata, batu karang hempedu ini mungkin telah bertahun-tahun wujud di dalam hempedu seseorang tanpa disedari. Dan jumlahnya juga mungkin mencecah puluhan biji.

Faktor-faktor Risiko
Menurut Dr. Nanda Kumar, antara faktor yang menyebabkan risiko penyakit ini seperti faktor umur, jantina, berat badan dan diet yang berkalori rendah.
"Di KJMC, kami mendapati kebanyakan pesakit yang mempunyai batu karang hempedu adalah wanita yang berbadan besar, mempunyai ramai anak dan berumur 40 tahun ke atas.
Kebarangkalian individu menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia," tambahnya.

Simptom-simptom
Menurut Dr. Nanda Kumar, simptom penyakit batu karang hempedu seakan sama dengan penyakit gastrik. Pesakit akan berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian abdomen. Adakalanya kesakitan itu disertai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan muntah.
"Biasanya rasa sakit tersebut akan menyerang selepas 15 minit seseorang makan makanan yang mengandungi lemak atau kolesterol.
"Rasa sakit itu pula pada mulanya sedikit dan kemudian senak kronik pada bahagian kanan perut dari ulu hati. Kesakitan biasanya berlarutan selama satu hingga dua jam selepas makan," jelasnya.

Diagnosis
Dr. Nanda Kumar memberitahu, disebabkan simptom penyakit ini lebih kurang sama dengan gastrik, maka pemeriksaan teliti perlu dilakukan.
Selain itu, disebabkan batu karang hempedu telah wujud sejak bertahun-tahun lamanya tanpa dapat dikesan oleh empunya tubuh, jadi ujian ultra bunyi berkomputer perlu dibuat untuk mengesannya.m hempedu anda.
Pembedahan
Dr. Nanda Kumar menasihatkan pesakit yang telah dikesan mempunyai penyakit batu karang hempedu untuk membuang pundi hempedu sekali. Ini kerana, pundi hempedu yang pernah menghasilkan batu akan berpotensi untuk menghasilkan batu sekali lagi.
Pembedahan yang amat disarankan untuk membuang batu karang hempedu dinamakan laparoskopik. Caranya dengan menggunakan laparoskop iaitu sejenis tiub nipis dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.
"Pembedahan yang dinamakan pembedahan minimal invasif ini hanya melibatkan empat tebukan kecil, dua lubang berdiameter 10 milimeter dan dua lagi bersaiz 5 milimeter.
"Prosedur mengambil masa selama lebih kurang sejam dan anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0512&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz2lq7s6GyX
© Utusan Melayu (M) Bhd 


(terimakasih sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0512&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm)

Batu karang dalam hempedu Tiada tanda diri sakit

Tiada tanda diri sakit

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
Bagi mereka yang se­ring rasa tidak selesa, senak atau sakit pada bahagian perut setiap kali selepas makan, ia mengganggu tugasan harian, apatah lagi jika berlarutan dalam tempoh lama.
Malah, mungkin ramai beranggapan sakit dialami itu disebabkan gastrik, tetapi jangan terkejut apabila pemeriksaan doktor pakar mendapati terdapat ketulan batu dalam pundi hempedu badan.
Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) Dr Mohd Faisal Jabar berkata, tidak dinafikan gejala penyakit batu karang hempedu seakan-akan sama dengan gastrik.

Pesakit berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian perut, disertai rasa mual, angin, kembung perut dan muntah.
Foto

“Ramai yang mengabaikan gejala berkenaan sehingga akhirnya kesan kesakitan dialami tidak lagi mampu ditanggung badan.

“Ketika ini mungkin jalan penyelesaian terbaik adalah untuk membuang organ berkenaan bagi mengelakkan ia berulang,” katanya.

Hati menghasilkan air hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan dalam pundi hempedu hingga ia diperlukan untuk mencerna lemak dalam usus kecil.

Organ terbabit mengeluarkan satu liter air hempedu setiap hari. Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini membawa hempedu ke bahagian atas atau pangkal usus kecil (duodenum) dengan ia mula memecahkan lemak makanan yang diambil itu.

Seseorang individu boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa gejala tertentu.

Proses ini juga mengambil masa bertahun-tahun untuk wujud dalam hempedu seseorang tanpa disedari dan jumlahnya mungkin mencecah puluhan biji.

“Ia berlaku apabila hempedu tidak memiliki bahan kimia seimbang dan membentuk partikel keras yang kemudian menjadi batu karang.

“Batuan terbabit akan terus berada dalam pundi hempedu dan bertambah jumlahnya sekiranya ia tidak dikesan lebih awal bagi me­ngurangkan masalah terbabit,” katanya.

Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, proses pencernaan lemak dan kolesterol menjadi semakin kurang efektif.

Ia menyebabkan cecair hempedu dan kolesterol memasuki sistem darah dan mengakibatkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salur darah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang dan usus.

“Jika satu ketika dulu individu yang mengalami­nya berusia 40 tahun ke atas, tetapi kini golongan muda seawal usia 20 tahun sudah disahkan menghidapnya.

“Keadaan ini disebabkan perubahan cara hidup dan pengambilan diet harian yang semakin mudah dan semuanya berasaskan makanan segera,” katanya.

Selain itu, jika batu hempedu ini terjatuh dalam saluran hempedu, ia boleh menyebabkan orang dewasa mendapat demam kuning dan akut pankreatitis.

Antara penyebab berlakunya masalah ini adalah cara ­hidup moden yang serba mudah, kurangnya aktiviti fizikal serta makanan me­ngandungi banyak kolesterol, lemak, bahan perasa dan pewarna sintetik di samping pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik me­ngandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok.


Terdapat beberapa pe­nyakit berpunca daripada masalah batu karang hempedu iaitu:


Kolik hempedu
  • Ia berlaku disebabkan satu daripada batu karang yang terhasil tersangkut di tengah pundi hempedu selepas makan membuatkan individu terbabit mengalami kekejangan.

    Rasa sakit terbabit bermula pada bahagian ulu hati dan membawa ke bahagian belakang.

  • Jika kolik hempedu berlaku dalam masa singkat serta menyebabkan kekejangan dan jangkitan, ia akan menjadi radang (acute Cholecystitis).


    Kronik Cholecyctitis
  • Keradangan kelenjar pankreas.


    Gejala batu karang dalam hempedu:
  • Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar ­teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas ­perut.
  • Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.
  • Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
  • Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
  • Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas.
  • Selain itu, ada ketika­nya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk ­melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus ­kecil (duktus hempedu biasa). 
  • Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pankreas dan menyebab­kan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.


    Jenis batu karang hempedu:
  • Batu karang hempedu berkolesterol. 
  • Batu karang hempedu berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mung­kin mengandungi komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa sel darah merah yang lemah). 

    Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. 
  • Batuan kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. 

    Ia boleh dihidapi mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.


    Kaedah atau rawatan boleh digunakan untuk menangani batu karang hempedu:

    Pembedahan
  • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. 

    Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan meng­gunakan laparoskopi iaitu sejenis tiub nipis ­dengan sistem lampu dan kamera video kecil.

    Beberapa insisi (menghiris tisu) kecil akan dilakukan dan individu berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.

  • Pembedahan terbuka. 

    Pundi hempedu ­dikeluarkan melalui insisi besar di perut. Selepas pembedahan dilakukan, hati ­terus menghasilkan hempedu secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

  • Bukan pembedahan

    Batu karang terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan pembedahan dilakukan. Bagaimanapun, apabila pembedahan bukan pilihan utama pesakit, doktor akan mencadangkan:

  • Pil garam hempedu. 

    Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh ditetapkan. 

    Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu karang yang kecil.
    Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23
  • (terimakasih sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Tiadatandadirisakit/Article)