Sunday, August 2, 2020

Apa tu "Collective Ministerial Responsibility"

KJ, hang pernah dengar konsep "collective ministerial responsibility" tak? Setiap keputusan kabinet adalah keputusan setiap menteri dalam kabinet. Hidup mati kena satu hati. So, aku cadangkan hang jangan "move on". Sebab sekiranya Najib Razak bersalah kepada rakyat Malaysia dalam isu 1MDB dan SRC, bermakna hang juga bersalah secara bersama. 

Dan apa kelayakan hang untuk menjadi menteri sekarang? Kan hang dah terima kekalahan UMNO disebabkan oleh Najib? So, kenapa hang terima jawatan sekarang? Betul UMNO telah diterima semula oleh rakyat tapi apa sumbangan hang untuk memulihkan imej UMNO di mata rakyat?

Aku bagi tau, salah satu punca UMNO diterima rakyat selepas kekalahan pada PRU14 adalah kebangkitan Bossku. Najib mungkin punca kekalahan UMNO dua tahun dulu tapi punca utama pembentukkan kerajaan sekarang adalah Bossku. Tanpa Bossku, UMNO tewas dalam PRK Sungai Kandis, MCA tewas dalam PRK Balakong, PAS tewas dalam PRK Seri Setia dan tiada wakil "PN" dalam PRK Port Dickson. Masa itu, KJ, saja nak tanya, hang kat mana dan buat apa?

Setelah gelombang Bossku bergelora, barulah UMNO/BN menang semua PRK mulai dari PRK Cameron Highlands sampai PRK Chini. Selepas melihat kebangkitan UMNO dan PAS (Muafakat Nasional), barulah Bersatu and Azmin & Co terpaksa meninggalkan PH untuk membentuk PN. Dan apabila PN menjadi kerajaan, tiba-tiba hang rasa diri hang layak untuk menjadi menteri? Podah dei!

P.S. KJ, secara kesimpulannya, hang sepatutnya "get loss" dan bukan "move on". Jangan lupa, 'ooth agar baith bhi jaye, tab bhi gaday se oocha hain'. Ini peribahasa Hindi. Bermakna, unta kalau terduduk pun, masih lebih tinggi daripada keldai. Unta yakni Bossku. Keldai hang tau lah siapa!

Terima kasih sumber:
https://www.facebook.com/2151812461700543/posts/2677482649133519/

Di Belakang Duri Di Depan Api

1. Di belakang duri. Di depan api.
.
Ahli politik bijak menyembunyikan cabaran besar tahun 2021. Mereka kata pemulihan ekonomi bakal datang dalam bentuk V shape. Ini untuk membugarkan rasa segar dalam jiwa rakyat.
.
2. Perlu ada "feel good factor" sebelum pilihanraya umum pada bulan Oktober atau November nanti. Hakikatnya cabaran tetap datang apabila sampai waktunya.
.
 Dunia bakal berdepan historic economics downturns. Virus sedang rancak menyerang USA, Brazil, Afrika Selatan. Ia kembali galak memukul negara Jepun, Eropah dan China.
.
3. Kadar jangkitan sekarang adalah 250,000 orang sehari. Jangkaan pakar pandemik , trend sebegini akan menjangkiti 50 juta manusia sepanjang 2020 dan bakal berlaku sejuta kematian. (dengan izin Allah)

Menjelang Ogos, dikatakan bakal berlaku, catatan hampir 700,000 kematian. 
.
4. Ekonomi USA telah menguncup pada kadar 32.9%. Sesuatu yang amat tragik dalam sejarah dunia kepada negara kuasa ekonomi dunia. Bayangkan corporate bangkruptcy.  160 syarikat besar di USA telah mengistiharkan mereka bangkrap. 
.
JC Penney Co, Hertz Global Holdings, Ascena Retail Group adalah antara contoh syarikat yang telah bangkrap.
.
Jun, 2020 adalah titik balik dari tahap terburuk kepada pemulihan. Demikian lah ramalan awal dan ekonomi dijangka akan mula mendaki V shaped untuk kembali ke paras asal pada penghujung 2021.
.
5. Apakah benar ia akan berlaku begitu? Setakat ini sulit untuk menggambarkan begitu, melihat pada kemungkinan virus Covid 19 masih mengintai dibalik pintu, menunggu masa untuk memukul pantas menyerang dalam gelombang kedua.
.
Manusia sifatnya mudah lupa. Saat alpa dan berpoya, Covid 19 akan datang menunjukkan rupa dan membakar segala harapan, menjadikan langkah pemulihan panjang dan kembali berliku.
.
6. Jawapan di tangan kita. 
.
Bangsa Malaysia yang siaga dan siap mematuhi SOP arahan demi hari esok yang cepat cerah dan kita  berubah untuk kembali pulih seperti sebelumnya.
.
7. Samada kehidupan mahupun ekonomi, biar negara kita jadi contoh. negara yang sentiasa ke depan, sahut cabaran. 
.
Kita jaga kita.

Terima kasih sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3746692052023822&id=100000491917020

Sunday, January 12, 2020

Friday, January 3, 2020

Wednesday, January 1, 2020

PERJANJIAN KONTRAK TERHAPUS JIKA MANA-MANA PIHAK ENGKAR

PERJANJIAN KONTRAK TERHAPUS JIKA MANA-MANA PIHAK ENGKAR

MAKLUMAT PENTING.

KPD RAKYAT DAN KHAS NYA ANAK2 MUDA MALAYSIA YG KURANG TAHU TENTANG SEJARAH NEGARA DI HARAP BACA PERJANJIAN SOSIAL INI.

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL TERHAPUS JIKA MANA-MANA PIHAK ENGKAR

Oleh Peguam Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

*1. Proses Malaya menuntut kemerdekaan daripada British dipermudahkan dengan dasar British Decolonisation Programme (BDP) selepas tahun 1945.*

2. BDP adalah dasar Kerajaan Britain untuk meninggalkan negara yang telah dijajah akibat kos pengurusan negara yang meningkat tinggi akibat perang dunia dan hasil bumi yang dirompak dari negara-negara yang dijajah tidak lagi menguntungkan British.

3. Ketika ingin melepaskan Malaya, terdapat lebih 2 juta BURUH paksa dari negara CHINA dan INDIA yang telah dibawa masuk oleh British ke Malaya untuk industri bijih timah dan getah British.

*4. Tunku Abdul Rahman mahu Malaya Merdeka dan pendatang semua dihantar balik ke NEGARA ASAL.*

5. Namun British enggan menanggung kos penghantaran balik pendatang dan Tunku DIPAKSA untuk menerima mereka semua sebagai warganegara.

*6. Tunku TIADA PILIHANAN melainkan menawarkan skim KONTRAK SOSIAL kepada kaum PENDATANG.*

7. Sebagai balasan kepada KEMURAHAN HATI ORANG MELAYU memberikan taraf warganegara kepada kaum-kaum PENDATANG, kaum pendatang telah BERSETUJU untuk mengiktiraf ISLAM sebagai agama Persekutuan, Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negara, HAK ISTEMEWA MELAYU dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

*8. Mengikut undang-undang kontrak, apabila mana-mana pihak memungkiri sesuatu kontrak maka pihak-pihak boleh dikembalikan kepada STATUS QUO ASAL masing-masing.*

9. Bermaksud jika satu pihak telah mula TIDAK menerima kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu, HAK ISTIMEWA MELAYU dan Bahasa Melayu, maka pihak yang satu lagi juga berhak MENARIK BALIK pemberian kewarganegaraan kepada kaum PENDATANG.

*10. Jadi berhati-hatilah dalam mengurus keturunan kamu. Jangan biar mereka BUTA SEJARAH.*

Beliau juga lebih dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co dan juga Ketua Penerangan (Penaja) kepada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

Baca berita selanjutnya di;
https://www.editormalaysia.com/5611/

SOALAN - Adakah boleh DITARIK BALIK HAK KERAKYATAN BUKAN MELAYU yang telah diberikan dengan MEMPERTIKAI KEDUDUKAN MELAYU ?

Info ini dikongsi oleh sahabat pejuang saya. Mengikut perkara di atas,sukacita ingin di ingatkan, YA, hak kerakyatan bukan Melayu boleh ditarik balik jika terdapatnya pertikaian yang serius terhadap perlembagaan tentang kedudukan hak orang Melayu. Malah terdapatnya contoh yang sudah pun berlaku.

Menurut Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan.

CONTOH yang telah dilucutkan hak kerakyatan adalah Lim Lian Geok (Presiden Jiao Zong) pada 12 Ogos 1961 dan C.C. Yong pada 30 Oktober 1968. Kes ini menjadi pengajaran kepada sesiapa yang cuba mencabar kedudukan hak orang Melayu dalam perlembagaan Tanah Melayu.

Oleh itu,janganlah kita mempertikaikan perlembagaan yang telah termaktub dan dipersetujui seluruh rakyat Tanah Melayu dari dahulu lagi. Kita semua mahu hidup dalam keadaan aman dan sejahtera bersama keluarga dan sahabat handai tidak kira Melayu,Cina mahupun india. Mari kita hormat menghormati sesama kita berlandaskan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama dari zaman tok moyang kita dahulu lagi. Boleh disebarkan untuk tujuan pembelajaran rakyat Malaysia. Sekian.

Terima kasih.

COPY & SHARE JIKA ANDA MASIH SAYANGKAN RAJA2 MELAYU, AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU & NEGARA MALAYSIA YANG KITA CINTAI, SERTA TIDAK MAHU ANAK CUCU NANTI JADI PENGEMIS DI TANAH SENDIRI.. 

VIRALKAN...SEGERA