Monday, January 18, 2021

Surah At-Tawbah: 112

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Ahad 17.01.2021 @ 04 JamadilAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari: 

Surah At-Tawbah:112 - (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Waktu solat pada Ahad 17 Jan (Segamat, Malaysia): 6:07 PG, 1:22 PTG, 4:44 PTG, 7:21 PTG, 8:34 PTG
#FightCovid19Days306 #WalkTheTalk

Saturday, January 9, 2021

Surah At-Tawbah: 104

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Sabtu 09.01.2021 @ 25 JamadilAwal 1442H.  Peringatan buat diriku dari: 

Surah At-Tawbah:104 - Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?

Waktu solat pada Sabtu 09 Jan (Segamat, Malaysia): 6:03 PG, 1:19 PTG, 4:42 PTG, 7:17 PTG, 8:32 PTG
#FightCovid19Days298 #WalkTheTalk