Monday, November 25, 2013

Nombor Telefon Para Ustaz dan ilmuan Untuk Rujukkan Kita Semua



Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang
gambar dari: www.budiey.com

Berikut adalah senarai Nombor Telefon Para Ustaz dan Ilmuan yang tinggi ilmunya untuk sebarang rujukan jika perlu : 
P/A Ustaz Azhar Idrus 019-988 6160
P/A Ustaz Dr.Haji Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim 013-2328084
Ustaz Dr Abd Basit Abd Rahman 0199441881
Ustaz Hanafi Abdul Malik 013668 2940
Ustaz Ghazali Ibrahim 019336 9949
Ustaz Dr Zahazan Mohamed 0193538554
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman 0192602700
Ustaz Mohamad Abdullah 0193641643
Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir 0192202355
Ustaz DrDanial Zainal 019456 6580
Ustaz Rohidzir Rais 019545 2750
Ustaz Roslan Mohammad 012383 1963
Ustaz Mohd Amri Abdullah 0133735293
Ustaz Abdul Hadi Bakri 0124819378
Ustaz Halim Din 0122701066
Ustaz Fauzi Mustafa 0192661484
Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri 0126822797
Ustaz Sabri Omar 0177060489
Ustaz Shukri Ali 0139222670
Ustaz Mohd Nazri Mat Zin 0139207121
Ustaz Mohd Salahuddin Dato Mohamed DBP 0149693959
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman 0132570400
Ustaz Zamri Zainuldin 0192707303
Ustaz Dato Zawawi Jusoh 0193292757
Ustaz Zul Ramli 0132260018
Ustaz Syed Abd Kadir 0177770282
Ustaz Syed Nor Hisyam 0193310719
Ustaz Wan Akashah 0193576445
Ustaz Hasnil 0133974600
Ustaz Haslin 0126926446
Ustaz Jazlan 0197007667
Ustaz Adlan Abd Aziz 0197105167
Ustaz Badlishah 0139330660
Ustaz Dr Lokman Ibrahim 0139355277
Ustaz Dusuki Ahmad 013321 3775

Simpan nombor telefon ini untuk rujukan pihak tuan-puan bagi jemputan ceramah/program.
Boleh kongsi kepada mana-mana AJK Masjid/Surau/JKKK tempat masing-masing..Moga bermanafaat.


Sumber:  Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff


(Video) Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood) Dah Jadi Artis, Rakamkan Album Pertama.. Best Giler!!!



Haslin Baharin (kiri) dan Syed Abdull Kadir Al Joofre semasa pelancaran album mereka.
KUALA LUMPUR: Pendakwah, Haslin Baharim atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Bollywood berjaya merakamkan album pertamanya yang mengandungi 19 buah lagu hanya dalam masa separuh hari.

Haslin, 44, berkata, kelebihan itu terjadi selepas dia melakukan solat hajat yang secara seterusnya memudahkan proses rakaman album Zikir Zindagi itu.
"Bukan saya nak riak atau pun meninggi diri tetapi sekadar berkongsi pengalaman mengenai kelebihan yang Allah berikan itu telah melancarkan proses rakaman album saya. Ia berlangsung dari pukul 10 pagi dan tamat kira-kira 5 petang.

"Alhamdulillahlah semuanya berjalan lancar dan saya berharap zikir yang ditampilkan dapat membantu masyarakat Islam untuk mengingati, memuji dan mengagungkan kebesaran Allah," katanya.
Haslin ditemui pada majlis pelancaran album Zikir Zandagi dan Ratib Al Hadad di Restoran Hadramawt di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Haslin berkata, beliau pada mulanya enggan merakamkan album tersebut kerana malu dan tidak yakin dapat menyanyi dengan baik.
Namun apabila memikirkan tujuan asal penerbitan album adalah untuk berdakwah, beliau mengubah fikiran.
"Album ini menampilkan zikir-zikir yang berunsurkan inspirasi sebagai taruhan utama buat para pendengar. Di samping itu ia dapat mendekatkan pendengar kepada Allah," jelasnya.
Menurut Haslin, album tersebut mengalunkan zikir dan doa menggunakan lenggok seakan-akan lagu hindustan.
Penyanyi nasyid lulusan Universiti Islam Abu Bakar, Karachi, Pakistan ini turut menyelitkan bahasa Urdu dalam album tersebut.
"Zikir Munajat, doa dan bacaan ayat suci al-Quran bakal membawa perbezaan ketara kerana ia dibacakan dengan lenggok berlagu dan bermelodi Hindustan selain menampilkan penggunaan bahasa Urdu dalam beberapa zikir pilihan," jelasnya.
Sementara itu, pendakwah Syed Abdull Kadir Al Joofre pula memilih memuatkan himpunan doa dan zikir susunan Imam Abdullah Alawi Al Haddad menerusi album Ratib Al Hadad.
"Istimewanya mengenai album ini zikir yang diperdengarkan mempunyai sejarah tersendiri yang mana merupakan zikir dan doa daripada al-Quran dan hadis yang kemudiannya disusun oleh Imam Abdullah Alawi Al Hadad berdasarkan inspirasi pada malam Lailatul Qadar, 27 Ramadan 1071 Hijrah," katanya.
Kedua-dua album tersebut edaran Unicdotmy Pro Sdn Bhd dan telah pun berada di pasaran.

Surah Ta-ha 20:ayat 110

Asalam selamat pagi Isnin 21 Muharram 1435H (25.11.2013) peringatan buat diriku 
"Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia), dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi." (Surah Ta-ha 20:110)

Sunday, November 3, 2013

Masjid jadi tarikan pelancong

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL utusanpenang@utusan.com.my

Masjid Kapitan Keling dibangunkan oleh Caudeer Mohuden bagi kemudahan kaum India Muslim yang datang berniaga ke Pulau PInang lebih 200 tahun lalu kini antara masjid tercantik di negeri tersebut . - utusan/ISMAIL KAMADIN.

PULAU PINANG 30 Okt. - Georgetown sememangnya amat dikenali dalam peta pelancongan kerana status bandar Warisan Dunia yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) pada 2008.

Atas faktor berkenaan, bandar ini menerima kunjungan lebih sejuta pelancong dari dalam dan luar negara setiap tahun yang mahu menyaksikan sendiri keistimewaan sebenar bandar yang mempunyai lebih 500,000 penduduk itu.

Tumpuan utama sudah pasti terarah pada bangunan-bangunan lama yang memayungi hampir segenap pelosok bandar selain beberapa lokasi pelancongan menarik lain dan kepelbagaian makanan yang terdapat di negeri ini.

Ketika ini kebanyakan bangunan lama yang terdapat di sini dijadikan sekolah, pusat pentadbiran kerajaan, balai polis, hotel, pusat beli-belah, pejabat pos, kuil dan gereja termasuk sebuah kota yang didirikan Francis Light di Padang Kota Lama.

Namun daripada lebih 12,000 buah bangunan lama yang terdapat di Georgetown, terdapat puluhan masjid yang turut menjadi tarikan dan meningkatkan lagi status bandar ini sebagai lokasi percutian yang mempunyai pelbagai sejarah tamadun bangsa dan agama.

Salah satu daripadanya yang menjadi tumpuan ialah Masjid Kapitan Keling yang terletak di persimpangan Lebuh Buckingham dan Jalan Masjid Kapitan.

Masjid yang dibina pada kurun ke-19 itu boleh dikatakan sebagai lokasi wajib bagi pelancong yang berkunjung ke negeri yang juga dikenali sebagai Pulau Mutiara itu.

Binaan masjid tersebut berunsurkan campuran seni bina Islam dan Monggol yang mula dibina pada 1801.
Bangunan tersebut merupakan antara masjid tertua di negeri ini dan mampu menampung lebih 500 jemaah pada satu-satu masa.

Selain berfungsi sebagai tempat beribadat, masjid berkenaan juga dijadikan tempat menjalankan aktiviti kemasyarakatan oleh penduduk sekitar terutama bagi golongan India Muslim.

Setiap minggu pelbagai program diadakan di situ termasuk pameran, kerja amal seperti memberi makanan kepada orang gelandangan selain terdapat sebuah muzium mini.

Pengurusan masjid tersebut juga 'mesra' kepada pelancong dengan turut membenarkan pelancong bukan Islam melawat ke dalam kawasan-kawasan tertentu di dalamnya sama seperti di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Pihak pengurusan masjid menyediakan jubah kepada pelancong wanita supaya tuntutan menurut aurat dalam kawasan masjid dilaksanakan di situ

Dianggarkan lebih 100,000 pelancong asing melawat masjid itu setiap tahun dengan majoritinya dari Eropah, Australia dan Jepun.

Seorang pelancong Australia, Rebecca Voulkulos, 25, berkata, dia tertarik untuk melawat masjid berkenaan setelah membaca risalah mengenainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Seni binanya menarik dan kawasan sekitar dijaga rapi dan bersih. Saya berasa sangat dialu-alukan apabila menerima layanan mesra malah turut dibenarkan masuk ke bahagian tertentu dalam masjid.
"Ini membuatkan kunjungan saya ke negara ini lebih bermakna dan sudah pasti banyak lagi tempat lain yang ingin saya kunjungi selepas ini," katanya.

Bagi pelancong tempatan pula, terdapat satu lagi tarikan istimewa di kawasan masjid tersebut menjelang pukul 10 malam.

Ini kerana sebuah kedai nasi kandar yang cukup popular iaitu Nasi Kandar Beratur terletak di penjuru pintu masuk masjid berkenaan yang dikunjungi ramai pelanggan setiap malam.

Ada yang sanggup beratur sepanjang hampir 100 meter semata-mata mahu menikmati nasi kandar di situ.
Populariti nasi kandar berkenaan turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengambil peluang menikmatinya ketika melakukan lawatan kerja ke sini awal tahun ini.

Jelaslah Masjid Kapitan Keling turut memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi bagi penduduk Islam di kawasan berkenaan kerana lawatan ke situ pasti akan diakhiri dengan acara membeli-belah di sekitar kedai-kedai pakaian dan emas yang terdapat di situ.

Selain Masjid Kapitan Keling, beberapa masjid lain di tengah bandar ini turut menarik perhatian pelancong seperti, Masjid Jamek Simpang Enam yang terletak di Jalan Macalister, Masjid Jamek Titi Papan (Jalan Burma), Masjid Jamek Benggali (Lebuh Leith), Masjid Jamek Alimshah Walley (Lebuh Chulia), Masjid Jamek Lebuh Acheh dan Masjid Jamek Jalan Hutton.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20131031/wu_01/Masjid-jadi-tarikan-pelancong#ixzz2jXSZpyht
© Utusan Melayu (M) Bhd 


(terimakasih sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20131031/wu_01/Masjid-jadi-tarikan-pelancong)

Surah Al-Kahf ayat 23 dan Surah Al-Kahf ayat 24

Ayat 23: Ini apa yang dipanggil ‘Jumlah Mu’taridah’. Ayat ini macam tidak kena mengena dengan ayat sebelumnya. Seperti diselit cerita yang lain pula. Dalam Quran, banyak ayat yang sebegini. Dalam ayat menceritakan suatu perkara, tiba-tiba ada ayat yang nampak asing. Seorang guru yang mengajar Quran perlu memberitahu apakah yang dimaksudkan dengan ayat itu.
18:23
Transliteration
wa-lā taqūlanna li-shayʾin ʾinnī fāʿilun dhālika ghadan
 Sahih International
And never say of anything, “Indeed, I will do that tomorrow,”
Malay
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ

Jangan sekali-kali kamu berkata kepada sesuatu pun:

 إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا

“Sesungguhnya aku akan buat sesuatu perkara ini esok”.
Apabila orang musyirikin Mekah bertanya kepada Nabi tentang kisah penghuni gua itu, Nabi kata baginda akan memberitahu mereka esok. Kerana selalunya Allah akan memberikan jawapan dengan segera. Ini menunjukkan bahawa Nabi tidak tahu perkara ghaib. Kalau Nabi tahu perkara ghaib, tentulah Nabi akan terus cakap kepada mereka. Nabi kena tunggu wahyu dari Allah. Jadi kalau Nabi pun tidak tahu, jangan kita percaya kalau ada tok guru-tok guru yang kata mereka tahu perkara ghaib. Kalau Nabi sendiri pun tidak tahu, takkan mereka boleh tahu pula? Masyarakat kita sampai ada kata kalau tok guru tengok sahaja muka seseorang itu, dia kononnya boleh tahu orang itu baik atau tidak. Berapa banyak wirid dia lakukan semalam, dan macam-macam lagi. Itu semua syaitan yang ajar.
Nabi tidak mendapat wahyu tentang perkara ini selama beberapa hari. Ada yang kata sampai 15 hari. Ini adalah kerana Nabi tidak mengucapkan ‘in sha Allah’. Apabila kaum Quraish bertanya kepada baginda tentang kisah-kisah yang mereka tanya itu, Nabi jawap yang baginda akan memberikan jawapan itu esok hari. Ada satu hadis Hadis dari Bukhari & Muslim berkenaan Nabi Sulaiman juga pernah tidak menyebut in sha Allah:
Sulaiman bin Dawud pernah berkata:”Aku akan menggilir 70 orang isteriku dalam satu  malam yang masing-masing akan melahirkan seorang anak lelaki yang berjuang dijalan Allah”. Malaikat berkata kepadanya “Katakanlah Insyaallah (dengan izin Allah) tetapi Sulaiman tidak mengucapkan. Kemudian dia berkeliling mendatangi isterinya-isterinya itu. Maka tiada seorang pun melahirkan anak kecuali seorang wanita saja yang melahirkan setengah manusia (cacat). Dan Nabi SAW bersabda; “Demi Allah, seandainya ia (sulaiman) berkata Insyaallah, nescaya ia tidak berdosa dan demikian itu sudah cukup untuk memenuhi hajatnya. (memperolehi anak)
Dalam ayat ini, Allah menyuruh Nabi jikalau hendak melakukan sesuatu pada masa akan datang, hendaklah baginda memulangkan hal itu kepada kehendak Allah kerana Allah lah yang Maha Tahu tentang perkara ghaib, perkara yang telah terjadi, yang akan terjadi, yang tidak akan terjadi dan bagaimana akan terjadinya.
—————————————————————————————
Ayat 24: Sambungan ayat ‘jumlah mu’taridah’:
18:24
Transliteration
ʾillā ʾan yashāʾa llāhu wa-dhkur rabbaka ʾidhā nasīta wa-qul ʿasā ʾan yahdiyani rabbī li-ʾaqraba min hādhā rashadan
 Sahih International
Except [when adding], “If Allah wills.” And remember your Lord when you forget [it] and say, “Perhaps my Lord will guide me to what is nearer than this to right conduct.”
Malay
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.

إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ

Melainkan kamu kata “In sha Allah” – Jika Allah kehendaki; Kalau ada kata tok guru tahu ilmu ghaib itu adalah syirik kepada Allah. Iaitu syirik dalam ilmu. Sepatutnya ilmu ghaib itu kepunyaan Allah, tapi kita kata ada manusia yang ada ilmu ghaib pula.

وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ

Dan ingatlah Tuhan kamu ketika kamu lupa; Kalau kita lupa sesuatu, sebutlah nama Allah, bacalah contohnya ‘subhanallah‘ banyak kali. Mudah-mudahan dengan kita ingat Tuhan itu, Dia akan memberikan kita ingat balik apa yang kita lupakan. Kerana lupa itu disebabkan oleh syaitan, seperti yang disebutkan dalam ayat 63 surah ini. Apabila syaitan telah diusir, in sha Allah, lupa itu akan hilang.

 وَقُلْ عَسَىٰ أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا

Dan katakanlah; mudah-mudahan Tuhanku akan menunjukkan kepadaku petunjuk yang lebih dekat dari ini. 
Dua ayat ini dipanggil jumlah mu’taridah. Allah tegur Nabi kerana tidak sebut in sha Allah. Maka kita pun diingatkan supaya tidak lupa menyebut in sha Allah dalam banyak perkara.  Selepas itu baru kembali balik kepada kisah Pemuda Kahfi. Banyak ayat Quran yang perlu tafsiran. Oleh itu kena belajar berdepan – dinamakan belajar secara talaqqi. Barulah kita dapat faham Quran dengan sebenarnya. Tidak boleh faham Quran sendiri. Takut tersalah.
————————————————————————————-
(terimakasih sumber:http://tafsirsunnah.wordpress.com/2013/05/11/tafsir-surah-al-kahfi-ayat-1-31/)

azamiothman segamat kata:

"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”." (Surah Al-Kahf 18:23)

"Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”." (Surah Al-Kahf 18:24)


Saturday, November 2, 2013

Ayat 36 Surah al-Isra' untuk diam atau buat amal


SEMASA bulan Syaaban lagi, pelbagai acara bersifat keagamaan dilakukan sebagai pecutan akhir sebelum Ramadan. Kemudian dalam Ramadan ini, atas nama kemuliaan bulan dan musim orang membanyakkan amal ibadah, bertambah lagi acara keagamaan. Bagi mereka yang mengekor sahaja atas nama agama, mereka ini menggunakan prinsip ‘kami dengar dan patuh’.

Sepatutnya sesiapa pun dan di mana keadaannya, semua tidak terlepas daripada membawa dalil atau menemukan dalil untuk dibawa ke medan umum. Kita berasa puas dengan sesuatu amalan yang benar-benar disandarkan kepada dalil kerana urusan akidah dan ibadah ini benar-benar hak Allah dan rasul-Nya. Selain dua sumber di atas, manusia biasa hatta imam besar sekalipun tidak mempunyai hak untuk mengurangkan atau menambahkan mana-mana urusan berkenaan.

Mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri telah mengupas bab puasa yang wajib didasari dalil. Sekalipun ada yang menyalahi kebiasaan seperti waktu imsak, namun apabila dalilnya daripada alquran dan sunnah, kita menjadi ‘kami dengar dan patuh’. Kupasan lain ada dalam link ini http://drmaza.com/home/?p=75 .

Ayat 36 surah al-Isra’ bermaksud, “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta tanggung jawab atasnya.”

Ayat ini memberi pengajaran seperti berikut:

Pertama: Kita wajib mencari ilmu atau mempunyai pengetahuan sebelum melakukan atau mengikuti sesuatu amalan yang dicadangkan. Allah menegah kita melakukan sesuatu amal tanpa pengetahuan. Inilah prinsip ilmu dan amal yang kerap dijadikan slogan pertubuhan atau institusi Islam. Namun kebanyakan kita akhirnya lupa untuk memegang prinsip ini. Melanggar sahaja prinsip ini atau dengan mengekor sahaja orang lain melakukan amal akidah dan ibadah tanpa pengetahuan bermakna melanggar tegahan Allah.

Atas nama mendekatkan diri kepada Allah pelbagai modul solat, wirid dan doa dibawa ke tengah masyarakat. Para penganjur sendiri memang tidak berani mengishtiharkan apa yang dibawanya adalah sunnah Rasulullah atau jelas ada petunjuk daripada sunnah.

Kedua: Penganjur mana-mana urusan akidah dan ibadah, wajib mengajarkan pengetahuan atau memberi ilmu berdasarkan alquran dan sunnah dengan jelas supaya orang awam tidak mengikuti secara membabi buta. Sudah menjadi adat bahawa orang awam bergantung kepada pemimpin agama, maka orang agama wajib memberikan dalil-dalil yang sahih untuk membawa masyarakat dalam ibadah yang betul. Namun kebanyakannya hanya menerangkan cara-cara beribadah yang langsung tidak disandarkan kepada hadis-hadis sahih. Perhatikan cara orang memberitahu cara solat hajat dilaksanakan, entah berapa puluh cara. Adakah ini cara yang Rasulullah ajarkan kepada umatnya?

Ketiga: Ayat berkenaan memberi hak kepada kita untuk diam atau tidak mengikuti apa-apa aktiviti ibadah yang meragukan, sekalipun disponsor oleh yang bergelar ulama dan dihujah dengan banyaknya yang melakukan itu. Berdasarkan timbangan akal sahaja cukup munasabah bahawa kita tidak bolah melakukan perkara yang kita tidak tahu hujung pangkalnya. Jika dalam urusan keduniaan pun kita tidak akan melakukan tanpa ilmu, apakah istimewanya urusan ibadah dilakukan secara taklid sahaja?


azamiothman segamat kata:


"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."(Surah Al-Israa’ 17:36) 

Makna Ayat 110 Surah Al Isra'


Salam


Saya ingin tumpang bertanya pada tuan mengenai bab solat.

{س} قُلِ ادْعُواْ اللّهَ أَوِ ادْعُواْ الرَّحْمَـنَ أَيّاً مَّا تَدْعُواْ فَلَهُ الأَسْمَاء الْحُسْنَى وَلاَ تَجْهَرْ بِصَلاَتِكَ وَلاَ تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلاً

17. 110. Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya [870] dan carilah jalan tengah di antara kedua itu". [870] Maksudnya janganlah membaca ayat Al Qur'an dalam shalat terlalu keras atau terlalu perlahan tetapi cukuplah sekedar dapat didengar oleh ma'mum.

Berdasarkan tafsiran ayat diatas yang saya petik dari database al-quran yg membawa maksud menurut pada kefahaman dan apa yang telah saya pelajari adalah wajib mengucapkan/menyebut ayat2 al-quran di-dlm solat samada secara bersendirian atau berjemaah sekurang-kurang-nya dapat di-dengar oleh diri sendirian atau makmun.

Pada kebiasaan di-tempat saya(tempat lain saya tak pasti) solat berjemaah pada waktu zohor dan asar iman dan makmun membaca secara berasingan atau dapat di-dengar diri sendiri.

Bagaimana ayat di-atas dapat saya/kami fahami dengan suasana solat berjemaah fardu zohor dan asar.

Terimakasih pada tuan-tuan ,semuga Allah mem-rahmati tuan-tuan sekelian


Wa'alaikumusalam

a. Makna ayat Al-Quran [17:110]

Merujuk kepada surah Al-Isra' ayat 110 yang sdr kemukakan, adalah baik kita merujuk kepada tafsir yang dibuat oleh ulama'-ulama' tafsir. Menurut bekas pengerusi Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqar bahawa , ulama tafsir mengatakan :apa yang dimaksudkan dengan 'bi Solatika' (بِصَلاَتِكَ) disini ialah 'berdo'a' (الدعاء). Dalilnya terdapat pada permulaan ayat iaitu {قُلِ ادْعُواْ اللّهَ أَوِ ادْعُواْ الرَّحْمَـنَ أَيّاً مَّا تَدْعُواْ فَلَهُ الأَسْمَاء الْحُسْنَى } "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna". Dan syarat do'a ini terletak diantara kuat (yg boleh membangunkan orang tidur, menggangunya atau menyebabkan riya') dan perlahan (atau bisikan yg tidak dapat didengar).

Jalalain didalam mentafsirkan ayat ini sebagai Nabi saw menyeru agar mendo'a kepada Allah swt dengan menyebut Nama-nama Allah yang baik-baik.

وَ"قُلْ" لَهُمْ "اُدْعُوا اللَّه أَوْ اُدْعُوا الرَّحْمَن" أَيْ سَمُّوهُ بِأَيِّهِمَا أَوْ نَادُوهُ بِأَنْ تَقُولُوا : يَا اللَّه يَا رَحْمَن "أَيًّا" شَرْطِيَّة "مَا" زَائِدَة أَيْ أَيّ هَذَيْنِ "تَدْعُوا" فَهُوَ حَسَن دَلَّ عَلَى هَذَا "فَلَهُ" أَيْ لِمُسَمَّاهُمَا "الْأَسْمَاء الْحُسْنَى"

"Dan katakan kepada mereka:"اُدْعُوا اللَّه أَوْ اُدْعُوا الرَّحْمَن - Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman" iaitu mana-mana nama nya atau serunya dengan berkata : Ya Allah Ya Rahman dan ""أَيًّا" - mana-mana" bermaksud dengan syarat, مَا - apa" bermaksud tambah kepada mana-mana kepadanya, "تَدْعُوا - kamu berdo'a" - bermaksud kebaikan yang ditunjukkan keatasnya, ""فَلَهُ - maka kepada mereka" bermakna keatas nama-nama Allah yang mempunyai nama-nama yang baik."

Terdapat juga Hadith yang merujuk kepada ayat diatas sebagaimana yang dikeluarkan Bukhari dan Muslim yang merujuk kepada tegahan membaca Al-Quran secara kuat didalam solat takut-takut didengari oleh kaum musyrikin pada masa dahulu yang boleh membahayakan keselamatan para sahabat. Cerita sepenuhnya dijelaskan seperti dibawah ini.

b. Pembacaan secara sir (perlahan/senyap) dan jahr (kuat).

1. Sejarah Solat-Sir dan Jahrnya .

2. Sheikh Atiyah Saqr menyatakan perkara ini sebagai :

والحكمة في السر في الصلاة ما كان عليه الحال في مكة لإيذاء المشركين لمن كان يصلون ويجهرون في القراءة فيها، وكانت الصلاة ركعتين ركعتين، فبقيت في السفر على ذلك، وزيدت في الحضر. والكفار كانوا مشغولين عن المصلين قبل طلوع الشمس؛ لأنهم نائمون فبقي الجهر في صلاة الصبح كما كان. وكذلك كانوا مشغولين بعد غروب الشمس بالنوم أو السهر الخاص فبقي الجهر في المغرب والعشاء كما كان.

"Hikmah disebalik menjadikan solat Zohor dan Asar dengan bacaan secara sir boleh dijejak dari segi situasi pada awal orang Islam di Mekah dahulu. Pada masa waktu tersebut, umat Islam terdedah kepada pembunuhan dan penyiksaan. Maka mereka diarah bersolat secara senyap-senyap bagi mengelakkan penyiksaan oleh kaum-kaum musyrikin yang selalu mengancam mereka. Pagi pagi hari pula (subuh) apabila semua orang di Mekah sedang tidur maka orang Islam bolehlah bersolat secara kuat. Dan juga setelah terbenam matahari, kaum Quraish biasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti sosial dan perayaan dimana mereka biasanya akan meminum arak atau sebagainya, maka masa itu yang sesuai bagi umat Islam melakukan solat secara kuat.

Maka jelaslah bahawa pembacaan secara sir dikedua-dua solat iaitu Zohor dan Asar adalah semata-mata kerana mengelakkan di ancam bahaya oleh kaum musyrikin pada amsa itu. Setelah penghijrahan ke Madinah berlaku, umat Islam tidak lagi diancam bahaya. Walaubagaimana pun, hukum pembacaan secara sir bagi solat Zohor dan Asar masih dikekalkan sebagai ingatan bagi semua orang Islam, dimana pada satu hari mereka menyembah Allah didalam keadaan ketakutan. Ia juga boleh menggalakkan semua orang Islam memuji Allah dengan kemenangan yang telah dikurniakan kepada mereka. Allah telah memberim kita peringatan yang jelas didalam firmannya :

وَاذْكُرُوا إِذْ أَنْتُمْ قَلِيلٌ مُسْتَضْعَفُونَ فِي الْأَرْضِ تَخَافُونَ أَنْ يَتَخَطَّفَكُمُ النَّاسُ فَآوَاكُمْ وَأَيَّدَكُمْ بِنَصْرِهِ وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Dan ingatlah ketika kamu masih berjumlah sedikit lagi tertindas di mukabumi (Mekah), kamu takut akan orang-orang menculik kamu, maka Allah memberi kamu tempat menetap (Madinah) dan dijadikannya kamu kuat dengan pertolongannya dan diberinya kamu reski dari yang baik-baik agar kamu bersyukur." [Al-Anfal:26].

========
Rujukan :

1. Tafsir jalalain. Al-Quran. Al-Harf.
2. Sheikh Atiyah Saqr. Fatwa Islam Online.http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=30071 

wallahu'alam