Pemandu lori terkejut jumpa ular sawa seberat 200kg
16 November 2012
SEGAMAT - Seorang pemandu lori terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik seberat 200 kilogram ketika dalam perjalanan menghantar minyak untuk kegunaan jentolak di Sungai Chodan, Kampung Chodan, di sini, semalam.
Razi Mustafa, 26, berkata, pada mulanya, dia menyangka reptilia yang ditemui berhampiran gigi air di tengah sebuah kawasan paya itu adalah kain batik.
“Ular itu sedang menyusur ke permukaan air memandangkan kawasan itu telah dibersihkan oleh jentolak digunakan bagi pembersihan sungai Chodan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Segamat, Staf Muda Mohd Nazlan Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan reptilia itu kira-kira jam 2.30 petang dan mengambil masa anggaran setengah jam untuk menjinakkan ular sawa batik seberat 200 kilogram itu.
Menurutnya, spesies ular sawa batik itu adalah yang paling besar dan panjang ditemui pihaknya sepanjang tahun ini.
“Dengan kekuatan enam anggota, kita telah berjaya menangkap ular sawa ini tanpa menggunakan alatan khas untuk dimasukkan ke dalam sangkar sebelum diserahkan kepada perhilitan daerah hari ini untuk tindakan seterusnya.
“Kita memang mempunyai peralatan lengkap dengan anggota terlatih bagi melakukan kerja menangkap ular ini, namun tidak semua peralatan itu digunakan kerana saiz ular yang lebih besar tetapi masih digunakan mengikut kesesuaian,” katanya.

Beliau berkata, jenis ular sawa batik itu kebiasaannya ditemui di sekitar kawasan berpaya dan pihaknya yakin berkemungkinan habitat ular sawa berkenaan sudah hilang selepas kerja-kerja pembersihan Sungai Chodan dilakukan oleh pihak berkenaan.
Selain itu katanya, sepanjang bulan ini sahaja, pihaknya telah menangkap kira-kira enam ekor ular sawa diikuti ular hitam sebanyak tiga ekor dan terbaru tangkapan ular sawa di kampung Sedeng yang telah menelan tiga ekor ayam penduduk di situ.
“Ular sawa memang sukar ditemui di dalam rumah, tetapi ular hitam kerap dijumpai kerana jenis ular ini kebiasaannya mengejar mangsa seperti tikus sehingga masuk ke dalam kawasan rumah.
“Penyerahan reptilia ini juga bergantung kepada kita sebelum diserahkan kepada pejabat perhilitan kerana ada sesetengah binatang itu akan dilepaskan di dalam hutan sahaja,” katanya.
(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/pemandu-lori-terkejut-jumpa-ular-sawa-seberat-200kg-1.104187)
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment