Tiada tanda diri sakit
Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
Bagi mereka yang sering rasa tidak selesa, senak atau sakit pada bahagian perut setiap kali selepas makan, ia mengganggu tugasan harian, apatah lagi jika berlarutan dalam tempoh lama.
Malah, mungkin ramai beranggapan sakit dialami itu disebabkan gastrik, tetapi jangan terkejut apabila pemeriksaan doktor pakar mendapati terdapat ketulan batu dalam pundi hempedu badan.
Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) Dr Mohd Faisal Jabar berkata, tidak dinafikan gejala penyakit batu karang hempedu seakan-akan sama dengan gastrik.
Pesakit berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian perut, disertai rasa mual, angin, kembung perut dan muntah.
Pesakit berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian perut, disertai rasa mual, angin, kembung perut dan muntah.
“Ramai yang mengabaikan gejala berkenaan sehingga akhirnya kesan kesakitan dialami tidak lagi mampu ditanggung badan.
“Ketika ini mungkin jalan penyelesaian terbaik adalah untuk membuang organ berkenaan bagi mengelakkan ia berulang,” katanya.
Hati menghasilkan air hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan kimia lain.
Cecair pekat ini disimpan dalam pundi hempedu hingga ia diperlukan untuk mencerna lemak dalam usus kecil.
Organ terbabit mengeluarkan satu liter air hempedu setiap hari. Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.
Kemudian, duktus hempedu ini membawa hempedu ke bahagian atas atau pangkal usus kecil (duodenum) dengan ia mula memecahkan lemak makanan yang diambil itu.
Seseorang individu boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa gejala tertentu.
Proses ini juga mengambil masa bertahun-tahun untuk wujud dalam hempedu seseorang tanpa disedari dan jumlahnya mungkin mencecah puluhan biji.
“Ia berlaku apabila hempedu tidak memiliki bahan kimia seimbang dan membentuk partikel keras yang kemudian menjadi batu karang.
“Batuan terbabit akan terus berada dalam pundi hempedu dan bertambah jumlahnya sekiranya ia tidak dikesan lebih awal bagi mengurangkan masalah terbabit,” katanya.
Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, proses pencernaan lemak dan kolesterol menjadi semakin kurang efektif.
Ia menyebabkan cecair hempedu dan kolesterol memasuki sistem darah dan mengakibatkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salur darah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang dan usus.
“Jika satu ketika dulu individu yang mengalaminya berusia 40 tahun ke atas, tetapi kini golongan muda seawal usia 20 tahun sudah disahkan menghidapnya.
“Keadaan ini disebabkan perubahan cara hidup dan pengambilan diet harian yang semakin mudah dan semuanya berasaskan makanan segera,” katanya.
Selain itu, jika batu hempedu ini terjatuh dalam saluran hempedu, ia boleh menyebabkan orang dewasa mendapat demam kuning dan akut pankreatitis.
Antara penyebab berlakunya masalah ini adalah cara hidup moden yang serba mudah, kurangnya aktiviti fizikal serta makanan mengandungi banyak kolesterol, lemak, bahan perasa dan pewarna sintetik di samping pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik mengandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok.
Terdapat beberapa penyakit berpunca daripada masalah batu karang hempedu iaitu:
Kolik hempedu
Rasa sakit terbabit bermula pada bahagian ulu hati dan membawa ke bahagian belakang.
Kronik Cholecyctitis
Gejala batu karang dalam hempedu:
Jenis batu karang hempedu:
Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
Ia boleh dihidapi mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
Kaedah atau rawatan boleh digunakan untuk menangani batu karang hempedu:
Pembedahan
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskopi iaitu sejenis tiub nipis dengan sistem lampu dan kamera video kecil.
Beberapa insisi (menghiris tisu) kecil akan dilakukan dan individu berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
Pundi hempedu dikeluarkan melalui insisi besar di perut. Selepas pembedahan dilakukan, hati terus menghasilkan hempedu secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.
Batu karang terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan pembedahan dilakukan. Bagaimanapun, apabila pembedahan bukan pilihan utama pesakit, doktor akan mencadangkan:
Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh ditetapkan.
Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu karang yang kecil.
No comments:
Post a Comment