Saturday, October 31, 2020

3 Kunci SUKSES

Jenis-Jenis ALIM



1. ALIM KETAM
- Alim ketam cukup banyak, sebab dia menyuruh orang melakukan kebaikan tetapi dia sendiri pun jalan tak betul.

2. ALIM UDANG GALAH
- Bercakap tentang agama cukup pandai, tetapi dalam kepala dia penuh tahi memikirkan dunia.

3. ALIM BELUT
- Bila bercakap bab agama cukup lembut tetapi menipu cukup licik untuk melepaskan diri bila tersepit.

4. ALIM BURUNG MURAI
- Alim yang banyak bercakap bab agama tetapi banyak mengkritik dan menghina orang lain, kerana dia menganggap dirinya sahaja yang bijak.

5. ALIM BIOLA
- Banyak membuat orang berkhayal dengan cerita-cerita dunia tanpa pegangan akhirat.

6. ALIM BURUNG MERAK
- Alim burung merak ini hanya bergaya dengan pakaian jubah dan serban sahaja, tetapi tiada ilmu didada, berpakaian hanyalah untuk menunjuk-nunjuk.

7. ALIM WASAP CUT n PASTE
- Alim jenis ni semua tau. Setiap hari dia post perkara yg sama tentang agama yg dia sendiri tak baca tapi janji post. Inilah modal yg di viral setiap hari tanpa originaliti.

8. ALIM PELITA
- *Alim pelita itulah yang benar-benar alim kerana ilmunya yang terang, menyuluh kebenaran dan hak, penuh dengan ilmu hikmah sehinggakan sanggup membakar dirinya untuk menerangi orang lain kerana Allah.*

#COPYzmPASTE