Friday, December 25, 2020

Surah At-Tawbah: 89

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Jumaat 25.12.2020 @ 10 JamadilAwal 1442H.  Peringatan buat diriku dari: 

Surah At-Tawbah:89 - Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.

Waktu solat pada Jumaat 25 Dis (Segamat, Malaysia): 5:56 PG, 1:12 PTG, 4:35 PTG, 7:10 PTG, 8:25 PTG
#FightCovid19Days283 #WalkTheTalk

Wednesday, December 23, 2020

Surah At-Tawbah: 86

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Rabu 23.12.2020 @ 08 JamadilAwal 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:86 - Dan apabila diturunkan satu surah Al-Quran (yang menyuruh mereka): "Berimanlah kamu kepada Allah, dan berjihadlah bersama-sama dengan RasulNya", nescaya orang-orang yang kaya di antara mereka meminta izin kepadamu dengan berkata: "Biarkanlah kami tinggal bersama-sama orang-orang yang tinggal (tidak turut berperang)".

Waktu solat pada Rabu 23 Dis (Segamat, Malaysia): 5:55 PG, 1:11 PTG, 4:34 PTG, 7:09 PTG, 8:24 PTG
#FightCovid19Days281 #WalkTheTalk

Tuesday, December 22, 2020

Surah At-Tawbah: 85

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selasa 22.12.2020 @ 07 JamadilAwal 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:85 - Dan janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).

Waktu solat pada Selasa 22 Dis (Segamat, Malaysia): 5:54 PG, 1:10 PTG, 4:34 PTG, 7:09 PTG, 8:24 PTG
#FightCovid19Days280 #WalkTheTalk

Monday, December 21, 2020

Surah At-Tawbah: 84

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Isnin 21.12.2020 @ 06 JamadilAwal 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:84 - Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).

Waktu solat pada Isnin 21 Dis (Segamat, Malaysia): 5:54 PG, 1:10 PTG, 4:33 PTG, 7:08 PTG, 8:23 PTG
#FightCovid19Days279 #WalkTheTalk

Saturday, December 19, 2020

Surah At-Tawbah: 82

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Sabtu 19.12.2020 @ 04 JamadilAwal 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:82 - Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.

Waktu solat pada Sabtu 19 Dis (Segamat, Malaysia): 5:53 PG, 1:09 PTG, 4:32 PTG, 7:07 PTG, 8:22 PTG
#FightCovid19Days277 #WalkTheTalk

Tuesday, December 15, 2020

Surah At-Tawbah: 78

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selasa 15.12.2020 @ 29 RabiulAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:78 - Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib?

Waktu solat pada Selasa 15 Dis (Segamat, Malaysia): 5:51 PG, 1:07 PTG, 4:30 PTG, 7:05 PTG, 8:20 PTG
#FightCovid19Days273 #WalkTheTalk

Saturday, December 12, 2020

Surah At-Tawbah: 75

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Sabtu 12.12.2020 @ 26 RabiulAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:75 - Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh"

Waktu solat pada Sabtu 12 Dis (Segamat, Malaysia): 5:50 PG, 1:05 PTG, 4:29 PTG, 7:04 PTG, 8:19 PTG
#FightCovid19Days270 #WalkTheTalk

Thursday, December 10, 2020

Surah At-Tawbah: 73

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Khamis 10.12.2020 @ 24 RabiulAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:73 - Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Waktu solat pada Khamis 10 Dis (Segamat, Malaysia): 5:49 PG, 1:04 PTG, 4:28 PTG, 7:03 PTG, 8:18 PTG
#FightCovid19Days268 #WalkTheTalk

Wednesday, December 9, 2020

Surah At-Tawbah :72

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Rabu 09.12.2020 @ 23 RabiulAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:72 - Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

Waktu solat pada Rabu 09 Dis (Segamat, Malaysia): 5:48 PG, 1:04 PTG, 4:27 PTG, 7:03 PTG, 8:17 PTG
#FightCovid19Days266 #WalkTheTalk

Tuesday, December 8, 2020

Surah At-Tawbah: 71

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selasa 08.12.2020 @ 22 RabiulAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:71 - Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Waktu solat pada Selasa 08 Dis (Segamat, Malaysia): 5:48 PG, 1:03 PTG, 4:27 PTG, 7:02 PTG, 8:17 PTG
#FightCovid19Days266 #WalkTheTalk

Sunday, December 6, 2020

Bubar DUN Johor: AMARAN BUAT WAKIL RAKYAT DARIPADA DYMM SULTAN JOHOR

AMARAN BUAT WAKIL RAKYAT DARIPADA DYMM SULTAN JOHOR

Saya berasa amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini, apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi  kepentingan diri mereka.

Dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat.

Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.

Saya telah bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa.

Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta.

Saya akan berikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu, dan saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri.

Hadis Rasulullah SAW :

Rasulullah ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah bersabda: 

“Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gilakan jawatan kepimpinan.” 
(Sahih al-Bukhari, no: 7149)

~~~~~

JOHOR SULTAN WARNS STATE ASSEMBLYMEN
 
I am very disappointed at the continued politicking in the state, with power-hungry politicians still grappling over positions for their own self-interests.

They clearly have no regard for the hardship being faced by the rakyat now, and seem bent on exacerbating the sufferings of the people. 
I cannot stand seeing my rakyat suffer. I will not allow my State to be in disarray.

I took an oath to protect and safeguard the wellbeing of my subjects at all times.
If the politicking goes on, I will immediately dissolve the Johor State Legislative Assembly.

I will give the people the opportunity elect new political leaders to represent their interests, and I hope, this time, the rakyat will choose leaders who really want to serve the people and the State, not just for their respective political parties or themselves.

A Hadith from Rasulullah SAW, PBUH
Rasulullah was asked about those who asked to be put in positions of leadership. Rasulullah said:
"We do not assign the authority of ruling to those who ask for it, nor to those who are keen to have it." - (Sahih al-Bukhari, no: 7149)

#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor

https://www.facebook.com/456817247818307/posts/1554901984676489/

Saturday, December 5, 2020

Surah At-Tawbah: 68

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Sabtu 05.12.2020 @ 19 RabiulAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:68 - Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal.

Waktu solat pada Sabtu 05 Dis (Segamat, Malaysia): 5:47 PG, 1:02 PTG, 4:25 PTG, 7:01 PTG, 8:15 PTG
#FightCovid19Days263 #WalkTheTalk