Tuesday, June 15, 2021

Surah Hūd: 13

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selasa 15.06.2021 @ 04 Zulkaedah 1442H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Hūd:13 - Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar".

Waktu solat pada Selasa 15 Jun 2021 (Segamat): 5:48 PG, 1:12 PTG, 4:37 PTG, 7:18 PTG, 8:34 PTG
#FightCovid19Days455 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Sunday, June 13, 2021

Surah Hūd: 11

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Ahad 13.06.2021 @ 02 Zulkaedah 1442H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Hūd:11 - Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Waktu solat pada Ahad 13 Jun 2021 (Segamat): 5:48 PG, 1:11 PTG, 4:37 PTG, 7:18 PTG, 8:33 PTG
#FightCovid19Days453 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Friday, June 11, 2021

Surah Hūd: 9

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Jumaat 11.06.2021 @ 30 Syawal 1442H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Hūd:9 - Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.

Waktu solat pada Jumaat 11 Jun 2021 (Segamat): 5:47 PG, 1:11 PTG, 4:36 PTG, 7:18 PTG, 8:33 PTG
#FightCovid19Days451 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Tuesday, June 8, 2021

Surah Hūd: 6

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selasa 08.06.2021 @ 27 Syawal 1442H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Hūd:6 - Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Waktu solat pada Selasa 08 Jun 2021 (Segamat): 5:47 PG, 1:10 PTG, 4:36 PTG, 7:17 PTG, 8:32 PTG
#FightCovid19Days448 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Monday, June 7, 2021

Surah Hūd: 5

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Isnin 07.06.2021 @ 26 Syawal 1442H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Hūd:5 - Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

Waktu solat pada Isnin 07 Jun 2021 (Segamat): 5:47 PG, 1:10 PTG, 4:35 PTG, 7:17 PTG, 8:32 PTG
#FightCovid19Days447 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Saturday, June 5, 2021

Surah Hūd: 3

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Sabtu 05.06.2021 @ 24 Syawal 1442H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Hūd:3 - Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).

Waktu solat pada Sabtu 05 Jun 2021 (Segamat): 5:47 PG, 1:10 PTG, 4:35 PTG, 7:16 PTG, 8:31 PTG
#FightCovid19Days445 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Thursday, June 3, 2021

Surah Hūd: 1

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Khamis 03.06.2021 @ 22 Syawal 1442H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Hūd:1 - Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

Waktu solat pada Khamis 03 Jun 2021 (Segamat): 5:46 PG, 1:09 PTG, 4:34 PTG, 7:16 PTG, 8:31 PTG
#FightCovid19Days443 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran