Sunday, February 28, 2021

Surah Yūnus: 25

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Ahad 28.02.2021 @ 16 Rejab 1442H.  Peringatan buat diriku dari: 

Surah Yūnus:25 - (Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).

Waktu solat pada Ahad 28 Feb (Segamat, Malaysia): 6:11 PG, 1:24 PTG, 4:38 PTG, 7:25 PTG, 8:34 PTG
#FightCovid19Days348 #WalkTheTalk

Saturday, February 27, 2021

Amalan Sedekah Subuh

Biasakan Diri Buat Amalan Sedekah Subuh. Jadikan Rutin Walau Hanya RM1, Salah Satu Cara Menjemput Rezeki!

1. Menjadi insan yang baik di sisi Allah, selain melakukan segala suruhan, kita juga sangat digalakkan untuk bersedekah.

2. Tidak kiralah berapa nilanya, apa yang penting niat untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

3. Salah satunya adalah dengan melakukan sedekah Subuh. Apakah yang dimaksudkan dengn sedekah Subuh dan kenapa dipanggil begitu.

4. Perkongsian dari Ahliya Fariza ini menerangkan apa yang dimaksudkan dengan sedekah Subuh dengan nilai RM1 saja.

SEDEKAH SUBUH

5. Kenapa sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah di Waktu lain. Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.

6. Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa? Kata Rasullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.

7. Amalkan sedekah Subuh.
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari”

8. Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”

9. Sediakan satu tabung dirumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.

“Ya Allah, dgn berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya”

“Ya Allah, dgn sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tuaku”

“Ya Allah, dgn berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi”, contoh2nya..

10. Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.

11. Rutinkan setiap hari, sehingga 30 – 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah2 itu kpd anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.

TQSumber : https://www.kashoorga.com/biasakan-diri-buat-amalan-sedekah-subuh-jadikan-rutin-walau-hanya-rm1-salah-satu-cara-menjemput-rezeki/

Tuesday, February 16, 2021

Surah Yūnus: 13

Yūnus:11 - Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya.

Surah Yūnus: 12

Surah Yūnus: 11

Saturday, February 13, 2021

Surah Yūnus: 10

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Sabtu 13. 02.2021 @ 01 Rejab 1442H.  Peringatan buat diriku dari: 

Surah Yūnus:10 - Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!

Waktu solat pada Sabtu 13 Feb (Segamat, Malaysia): 6:13 PG, 1:26 PTG, 4:45 PTG, 7:26 PTG, 8:36 PTG
#FightCovid19Days333 #WalkTheTalk

Surah Yūnus: 9

Thursday, February 11, 2021

Surah Yūnus: 8

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Khamis 11. 02.2021 @ 29 JamadilAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari: 

Surah Yūnus:8 - Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.

Waktu solat pada Khamis 11 Feb (Segamat, Malaysia): 6:13 PG, 1:26 PTG, 4:45 PTG, 7:26 PTG, 8:37 PTG
#FightCovid19Days331 #WalkTheTalk

Surah Yūnus: 7

Tuesday, February 9, 2021

Surah Yūnus: 6

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selasa 09. 02.2021 @ 27 JamadilAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari: 

Surah Yūnus:6 - Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.

Waktu solat pada Selasa 09 Feb (Segamat, Malaysia): 6:12 PG, 1:26 PTG, 4:46 PTG, 7:26 PTG, 8:37 PTG
#FightCovid19Days329 #WalkTheTalk

Monday, February 8, 2021

Surah Yūnus: 5

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Isnin 08. 02.2021 @ 26 JamadilAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari: 

Surah Yūnus:5 - Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

Waktu solat pada Isnin 08 Feb (Segamat, Malaysia): 6:12 PG, 1:26 PTG, 4:46 PTG, 7:26 PTG, 8:37 PTG
#FightCovid19Days328 #WalkTheTalk

Saturday, February 6, 2021

Surah Yūnus: 3

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Sabtu 06. 02.2021 @ 24 JamadilAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari: 

Surah Yūnus:3 - Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?

Waktu solat pada Sabtu 06 Feb (Segamat, Malaysia): 6:12 PG, 1:25 PTG, 4:46 PTG, 7:25 PTG, 8:37 PTG
#FightCovid19Days326 #WalkTheTalk