Wednesday, November 21, 2012

Pastikan 3 projek siap ikut jadual


ARKIB : 22/10/2012
SEGAMAT 21 Okt. - Semua pihak diminta memastikan projek pembinaan jalan empat lorong dari Segamat ke Tangkak, tebatan banjir dan meluruskan jajaran Sungai Segamat serta landasan kereta api berkembar Gemas-Johor Bahru yang baru bermula, dapat disiapkan mengikut jadual.
Ahli Parlimen Segamat, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, ketiga-tiga projek tersebut memberi impak yang besar dalam menentukan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi kepada penduduk di daerah ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, maklum balas daripada pelabur luar menerusi beberapa siri perbincangan yang diadakan sebelum ini menyatakan kebimbangan mereka untuk melabur di Segamat disebabkan masalah banjir yang sering melanda serta sistem jalan raya yang tidak begitu baik.
"Ketiga-tiga projek pembangunan tersebut yang dalam pelaksanaan diharap dapat menarik lebih ramai pelabur luar datang ke sini, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
.
"Jika semua projek tersebut dapat disiapkan dengan segera, bermakna Segamat akan mengalami pembangunan seperti Muar dan Kluang yang terletak bersebelahan tidak lama lagi," katanya semasa berucap pada Program Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata, apabila laluan empat lorong yang menghubungkan Segamat dan Tangkak itu siap kelak, lebih separuh masa perjalanan dapat dijimatkan iaitu kira-kira 30 minit berbanding satu setengah jam sekarang.

Mengenai projek tebatan banjir dan meluruskan jajaran sungai pula, ia dijangka mampu mengurangkan masalah banjir selain landasan berkembar yang bakal dibina lebih tinggi dapat menyelesaikan pengaliran air yang terganggu oleh landasan sekarang ketika berlakunya banjir.

Dalam masa yang sama beliau meminta penduduk Segamat memberikan kepercayaan kepada kerajaan sedia ada bagi mentadbir negara kerana segala perancangan pembangunan yang sudah dirancang tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya kerajaan tidak lagi berkuasa.


(terima kasih sumber:)Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20121022/wj_01/Pastikan-3-projek-siap-ikut-jadual#ixzz2Cr15uMjT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hasrat bimbing belia jadi pemimpin



WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Jun 2012
belia
Anuar (dua, kiri) sentiasa berusaha meluangkan masa bersama mengikuti program sekitar daerah ini.














SEGAMAT - Kelebihan dilahirkan sebagai anak sulung menjadi titik tolak buat anak jati Felda Pemanis Dua ini untuk menjadi pemimpin dan membela nasib belia di daerah Segamat sejak dua tahun lalu.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat, Anuar Abd Manap berkata, sebagai anak jati Felda, beliau tidak pernah kering idea merancang dan mengadakan aktiviti berguna bagi memantapkan anak muda daripada pelbagai segi.

“Sejak memikul amanah sebagai Pengerusi Majlis Belia daerah ini pada 2010, memang niat utama saya ialah ingin melihat belia di daerah ini khususnya mempunyai semangat juang yang jitu serta memahami kepentingan mereka dalam negara ini.

“Kebanyakan anak muda cenderung mengikuti rentak kehidupan ala barat, sedangkan adat budaya kita sendiri jauh lebih istimewa dan berharga untuk dikekalkan,” katanya.

Menurut Anuar, selain daripada terus mengekalkan nilai hormatmenghormati, bantu-membantu serta bekerjasama antara satu sama lain, golongan muda sepatutnya melibatkan diri dengan aktif dalam pelbagai aktiviti bermanfaat seperti sukan, gotong-royong dan program membantu golongan kurang bernasib baik, meskipun mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Beliau juga melahirkan rasa bangga dengan belia daerah Segamat yang kebanyakannya masih teguh berpegang dengan nilai-nilai murni.

“Ini jelas dapat dilihat ketika daerah Segamat dilanda banjir besar pada akhir Januari lalu.

“Kaum belia daerah ini memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi sewaktu pihak kami ingin mengumpulkan sukarelawan membantu mangsa banjir,” katanya.

Selain itu, Anuar menambah, sejak kebelakangan ini, generasi muda di sini juga menunjukkan perkembangan yang baik seperti di peringkat Felda Pemanis 02 yang berjaya merangkul Anugerah Persatuan Belia Cemerlang daerah dan negeri.

“Ini menjadi pembakar semangat kepada belia lain untuk terus berdaya saing melalui penglibatan daripada semua aktiviti yang dijalankan termasuk mengadakan program tersendiri di peringkat daerah dalam usaha menyatukan belia dalam kelompok besar.

“Usaha dan perjuangan saya semakin membuahkan hasil apabila di belia daerah memenangi Badan Gabungan Terbuka Peringkat Negeri Johor sekali gus merealisasikan dan mencerminkan semangat 'satu hati satu jiwa' belia daerah ini,” katanya.

Di samping itu, menurutnya, prasarana di Segamat seperti pasar raya, panggung wayang dan padang permainan paintball turut ditingkatkan demi menarik golongan muda melakukan aktiviti berfaedah.

“Pertambahan prasarana ini meningkatkan pertumbuhan ekonomi daerah ini dan secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi semua peringkat umur terutamanya belia,” katanya.
(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/hasrat-bimbing-belia-jadi-pemimpin-1.53467)

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Tak jemu cari inspirasi jadikan Segamat bandar terbaik



MOHD NAZIRUL RAMLI
3 September 2012
Ismail Abu
Ismail (kiri) ketika menyerahkan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan awal Ramadan lalu.
Tak jemu cari inspirasi baru jadikan Segamat antara bandar terbaik
Antara program kebersihan, keceriaan dan keindahan yang dilakukan di Segamat Baru.




























BERBEKALKAN pengalaman lebih 13 tahun bertugas di sektor kerajaan menjadikan Ismail Abu,  42,  seorang anak kelahiran Kampung Melayu, Kluang, Johor lebih matang dalam menangani isu berkaitan masyarakat setempat.

Anak pertama daripada lima beradik itu sentiasa mencari inspirasi terbaru untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaannya yang pada masa itu bertugas di sebuah kilang elektronik sebaik tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kepujian.

Atas usaha gigihnya untuk menimba pengalaman di semua bidang pekerjaan, beliau telah menerima tawaran untuk berkhidmat di sektor kerajaan pada tahun 1997 sebagai pegawai tadbir negeri ini setelah memohon jawatan itu sebaik tamat belajar dahulu.

Untuk permulaan, beliau bertugas di Pejabat Tanah Batu Pahat sekitar tahun 1997 hingga 2003 sebagai pegawai pentadbir tanah dan berterusan memegang jawatan itu sehingga tahun 2005 di beberapa daerah lain.

Pada tahun 2003, beliau ditukarkan ke daerah Muar sehingga 2004 dan bertukar ke daerah Mersing sehingga 2005 dengan jawatan sama, tetapi berlainan daerah hanya dalam jangka masa yang singkat.

Atas berkat kesabarannya, beliau sekali lagi telah ditukarkan ke Majlis Perbandaran Kulai pada tahun 2005 dengan menyandang jawatan setiausaha MPKU sehingga 2011 dan ianya satu tempoh  masa yang panjang.


Ubah persepsi penduduk  

SEHINGGA tahun itu (2011), Ismail diberi kepercayaan untuk bertugas di daerah Segamat sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat (MDS) pada tahun tersebut.

Menurutnya, sepanjang bertugas di daerah ini banyak perkara yang difikirkan bagi mengubah persepsi penduduk luar atau penduduk daerah sendiri untuk menjadikan Segamat sebuah daerah yang indah dan terkenal seperti daerah lain.

Beliau berkata, dari segi ekonomi memang diakui daerah itu berpotensi untuk menjana satu ekonomi yang pesat setelah banyak perubahan dilakukan seperti mempercepatkan kelulusan lesen bagi pengusaha, pemilik kedai dan permohonan yang lain.

“Semenjak kita mengubah kelulusan lesen dengan lebih cepat hanya dalam tempoh 24 jam atau kurang daripada enam bulan dari sebelumnya, sudah banyak pemaju dan pengusaha berminat untuk melabur di daerah ini.

“Dalam simpanan maklumat yang kita perolehi anggaran dalam sebulan lebih daripada 20 jenis lesen pelbagai permohonan telah diluluskan melalui sistem yang kita perbaharui sekarang ini,” katanya.


Pembangunan secara terancang

MENURUTNYA, menjadi satu tarikan kepada pemaju di luar Segamat untuk melabur ke daerah itu selain mendatangkan keuntungan kepada banyak pihak termasuk penduduk tempatan melalui peluang pekerjaan yang dibuka kepada mereka.

“Sekiranya kelulusan lesen untuk beberapa jenis permohonan penting seperti bangunan lambat diselesaikan, masalah sampingan lain akan timbul sehingga memberi impak kepada semua pihak bukan sahaja bagi ekonomi MDS sahaja.

“Melihat dari segi prasarana penduduk tempatan sendiri sudah banyak pembangunan telah dilaksanakan tahun ini seperti pembukaan pasaraya Kip Mart, 1 Segamat, One Stop Bazar yang kesemuanya menyediakan pelbagai kemudahan untuk masyarakat setempat.

“Pertumbuhan yang pesat juga memberi lebih ruang dan peluang kepada anak jati daerah ini untuk menabur bakti di tempat sendiri tanpa perlu berhijrah ke negeri luar seperti sebelum ini,” katanya.

Justeru, Ismail turut berhasrat untuk merealisasikan program sifar sampah yang telah dilaksanakan pada tahun lepas melalui program kebersihan, keindahan dan keceriaan yang giat dijalankan sepanjang dua hari dalam seminggu secara berterusan di masa akan datang.

(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/tak-jemu-cari-inspirasi-jadikan-segamat-bandar-terbaik-1.81372)

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Pemandu lori terkejut jumpa ular sawa seberat 200kg WARTAWAN SINAR HARIAN 16 November 2012 Ular sawa batik seberat 200kg yang ditemui di Sungai Chodan. SEGAMAT - Seorang pemandu lori terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik seberat 200 kilogram ketika dalam perjalanan menghantar minyak untuk kegunaan jentolak di Sungai Chodan, Kampung Chodan, di sini, semalam. Razi Mustafa, 26, berkata, pada mulanya, dia menyangka reptilia yang ditemui berhampiran gigi air di tengah sebuah kawasan paya itu adalah kain batik. “Ular itu sedang menyusur ke permukaan air memandangkan kawasan itu telah dibersihkan oleh jentolak digunakan bagi pembersihan sungai Chodan,” katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Segamat, Staf Muda Mohd Nazlan Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan reptilia itu kira-kira jam 2.30 petang dan mengambil masa anggaran setengah jam untuk menjinakkan ular sawa batik seberat 200 kilogram itu. Menurutnya, spesies ular sawa batik itu adalah yang paling besar dan panjang ditemui pihaknya sepanjang tahun ini. “Dengan kekuatan enam anggota, kita telah berjaya menangkap ular sawa ini tanpa menggunakan alatan khas untuk dimasukkan ke dalam sangkar sebelum diserahkan kepada perhilitan daerah hari ini untuk tindakan seterusnya. “Kita memang mempunyai peralatan lengkap dengan anggota terlatih bagi melakukan kerja menangkap ular ini, namun tidak semua peralatan itu digunakan kerana saiz ular yang lebih besar tetapi masih digunakan mengikut kesesuaian,” katanya. Beliau berkata, jenis ular sawa batik itu kebiasaannya ditemui di sekitar kawasan berpaya dan pihaknya yakin berkemungkinan habitat ular sawa berkenaan sudah hilang selepas kerja-kerja pembersihan Sungai Chodan dilakukan oleh pihak berkenaan. Selain itu katanya, sepanjang bulan ini sahaja, pihaknya telah menangkap kira-kira enam ekor ular sawa diikuti ular hitam sebanyak tiga ekor dan terbaru tangkapan ular sawa di kampung Sedeng yang telah menelan tiga ekor ayam penduduk di situ. “Ular sawa memang sukar ditemui di dalam rumah, tetapi ular hitam kerap dijumpai kerana jenis ular ini kebiasaannya mengejar mangsa seperti tikus sehingga masuk ke dalam kawasan rumah. “Penyerahan reptilia ini juga bergantung kepada kita sebelum diserahkan kepada pejabat perhilitan kerana ada sesetengah binatang itu akan dilepaskan di dalam hutan sahaja,” katanya. www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


Pemandu lori terkejut jumpa ular sawa seberat 200kg
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 November 2012
Pemandu lori terkejut jumpa ular sawa seberat 200kg
Ular sawa batik seberat 200kg yang ditemui di Sungai Chodan.














SEGAMAT - Seorang pemandu lori terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik seberat 200 kilogram ketika dalam perjalanan menghantar minyak untuk kegunaan jentolak di Sungai Chodan, Kampung Chodan, di sini, semalam.
Razi Mustafa, 26, berkata, pada mulanya, dia menyangka reptilia yang ditemui berhampiran gigi air di tengah sebuah kawasan paya itu adalah kain batik.
“Ular itu sedang menyusur ke permukaan air memandangkan kawasan itu telah dibersihkan oleh jentolak digunakan bagi pembersihan sungai Chodan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Segamat, Staf Muda Mohd Nazlan Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan reptilia itu kira-kira jam 2.30 petang dan mengambil masa anggaran setengah jam untuk menjinakkan ular sawa batik seberat 200 kilogram itu.

Menurutnya, spesies ular sawa batik itu adalah yang paling besar dan panjang ditemui pihaknya sepanjang tahun ini.

“Dengan kekuatan enam anggota, kita telah berjaya menangkap ular sawa ini tanpa menggunakan alatan khas untuk dimasukkan ke dalam sangkar sebelum diserahkan kepada perhilitan daerah hari ini untuk tindakan seterusnya.

“Kita memang mempunyai peralatan lengkap dengan anggota terlatih bagi melakukan kerja menangkap ular ini, namun tidak semua peralatan itu digunakan kerana saiz ular yang lebih besar tetapi masih digunakan mengikut kesesuaian,” katanya.
Beliau berkata, jenis ular sawa batik itu kebiasaannya ditemui di sekitar kawasan berpaya dan pihaknya yakin berkemungkinan habitat ular sawa berkenaan sudah hilang selepas kerja-kerja pembersihan Sungai Chodan dilakukan oleh pihak berkenaan.
Selain itu katanya, sepanjang bulan ini sahaja, pihaknya telah menangkap kira-kira enam ekor ular sawa diikuti ular hitam sebanyak tiga ekor dan terbaru tangkapan ular sawa di kampung Sedeng yang telah menelan tiga ekor ayam penduduk di situ.
“Ular sawa memang sukar ditemui di dalam rumah, tetapi ular hitam kerap dijumpai kerana jenis ular ini kebiasaannya mengejar mangsa seperti tikus sehingga masuk ke dalam kawasan rumah.
“Penyerahan reptilia ini juga bergantung kepada kita sebelum diserahkan kepada pejabat perhilitan kerana ada sesetengah binatang itu akan dilepaskan di dalam hutan sahaja,” katanya.
(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/pemandu-lori-terkejut-jumpa-ular-sawa-seberat-200kg-1.104187)

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Tujuh pusat hiburan disaman



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 November 2012
Tujuh pusat hiburan disaman
Pihak MDS bersama agensi lain ketika membuat pemeriksaan di salah satu premis.














SEGAMAT - Majlis Daerah Segamat mengeluarkan tujuh saman kepada pusat hiburan sekitar daerah ini kerana mengingkari arahan menutup premis masing-masing bagi menghormati kehadiran Tahun Baru Maal Hijrah, kelmarin.

Yang Dipertuanya, Ismail Abu berkata, operasi bersepadu penguatkuasaan pusat hiburan itu merupakan usaha tahunan yang dilaksanakan bersama pihak Pejabat Daerah Segamat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Agama Daerah Segamat dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

“Dua minggu yang lalu surat rasmi telah dikeluarkan kepada semua premis pusat hiburan untuk menutup premis mereka bermula jam 9 malam pada malam tersebut.

“Walabagaimanapun, setelah pemantauan dilakukan kita dapati masih terdapat pengusaha yang degil terus menjalankan perniagaan seperti biasa walaupun telah diingatkan sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Ismail berkata, kesemua premis terbabit di saman di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171 Seksyen 109) atas kesalahan ingkar kepada notis dikeluarkan sekali gus dikenakan hukuman denda RM500 bagi setiap saman.

“Pihak kita berharap peniaga akan lebih berdisiplin setelah pemberian notis dikeluarkan selepas ini bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi berkenaan juga, Jabatan Agama Islam daerah telah mengeluarkan notis serta melakukan tangkapan bagi pasangan yang didapati bersekedudukan secara tidak sah.
(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/tujuh-pusat-hiburan-disaman-1.104340)

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

MDS banteras poster haram



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 November 2012
MDS banteras poster haram
Poster pinjaman tidak berlesen yang telah ditanggalkan oleh pihak MDS.














SEGAMAT - Lebih 10 keping poster pinjaman tanpa lesen dikesan ditampal di sekitar daerah ini walaupun tindakan penguatkuasaan sudah diambil Majlis Daerah Segamat.

Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat, Ismail Abu berkata, pihaknya juga ada menerima beberapa aduan mengenai papan tanda dan lampu jalan terlindung akibat poster haram
berkenaan khususnya di kawasan perumahan.

"Tindakan secara menyeluruh telah diambil oleh petugas MDS di bawah undang-undang vandalisme dengan bergerak secara berkumpulan melalui zon-zon tertentu.

“Timbul banyak masalah apabila iklan atau poster haram ini ditampal iaitu menyukarkan pengunjung dari luar untuk melihat nama lorong dan jalan, nombor tiang serta mencerminkan imej yang buruk apabila papan tanda dipenuhi oleh poster terbabit.

“Pihak MDS akan merujuk setiap nombor pendaftaran talian yang tertera di poster itu kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menamatkan perkhidmatan talian tersebut,” katanya.

Ismail berkata, MDS sebelum ini pernah menahan seorang lelaki sedang menampal poster pinjaman tanpa lesen itu di sebuah kawasan taman perumahan dan telah memberikan saman terhadap kesalahan dibuat.

"Setiap kesalahan bagi sekeping poster akan dikenakan denda sebanyak RM250 dan MDS pernah mengutip bayaran denda atas kesalahan itu dengan anggaran RM2,500 ke atas seorang pesalah.

“Usaha berterusan ini akan dapat memastikan daerah Segamat bebas daripada poster pinjaman tidak berlesen selepas ini.

“Sasaran ini boleh dicapai dengan kerjasama komuniti setempat dalam membanteras poster ah long terutamanya di kawasan taman kerana kebanyakan tangkapan sebelum ini di kawasan luar bandar,” katanya
(terima kasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/mds-banteras-poster-haram-1.104347)

Wednesday, May 16, 2012

Promosi Sempena Hari Guru: Rantai Tangan 916


Assalamualaikum

PROMOSI SEMPENA HARI GURU!!!
RM160 / gram

Rantai Tangan 916
Berat : 21.15 gram (Rantai Tangan),
Harga : 160X21.15+240=RM3624.00


Berminat??? Sila hubungi

azamiothman 017-5017275 (sms) atau inbox di FB

atau kunjungi
galeri amgold di Tropicana sg.buloh


Wassalam


Jalinan Keemasan



sumber;http://www.amgold.com.my/

Thursday, May 10, 2012

KOLEKSI BARANG KEMAS 916 - RANTAI TANGAN Kod: AMG R/T 004,






By AmGold Resources (Albums)

Berat 12.37gram, Harga: harga semasa + upah RM330


Sila hubungi pengedar sah AMgold untuk khidmat nasihat simpanan emas yang TERBAIK
pengedar sah Amgold :  azamiothman  http://www.amgold.com.my/listdealer.asp?negeri=Johor

 

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN  SILA  INBOX DI FB AZAMIOTHMAN SEGAMAT OR SMS 017-5017275 

Wednesday, May 9, 2012

Harga Emas Terpakai AMgold pada 09.05.2012




Harga Emas Terpakai




Emas TerpakaiHarga Belian(RM/gram) 
  999.9155.75 
  999147.97 
  916132.39 
  838118.37 
  750102.80 
   
 Tarikh Kemaskini : 09/05/2012

Kedai Emas (FGJAM):
999 - RM 190.00
916 - RM 180.00

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi pengedar sah kami:
Azami :- 012-723 7275 / 017-501 72752 (sms)
atau layari laman web kami http://www.amgold.com.my/listdealer.asp?negeri=Johor

Harga Produk Jewellery 24K AMgold pada 09.05.2012




Harga Produk Jewellery 24K




Jewellery 24KKami Jual
(RM/gram)
Kami Beli
(RM/gram)
  100 gram177.71157.71
  50 gram178.71157.71
  20 gram180.71157.71
  10 gram185.71157.71
   
 Tarikh Kemaskini : 09/05/2012

Kedai Emas (FGJAM):
999 - RM 190.00
916 - RM 180.00

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi pengedar sah kami:
Azami :- 012-723 7275 / 017-501 72752 (sms)
atau layari laman web kami http://www.amgold.com.my/listdealer.asp?negeri=Johor

Harga Emas Gold Bar 24K AMgold pada 09.05.2012




Harga Emas Gold Bar 24K




 Bar 24KKami Jual
(RM/gram)
Kami Beli
(RM/gram)
  1 KG172.71157.71
  500 gram172.71157.71
  100 gram174.71157.71
  50 gram176.71157.71
  20 gram179.71157.71
  10 gram185.71157.71
  5 gram193.71157.71
 Tarikh Kemaskini : 09/05/2012

Kedai Emas (FGJAM):
999 - RM 190.00
916 - RM 180.00

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi pengedar sah kami:
Azami :- 012-723 7275 / 017-501 72752 (sms)
atau layari laman web kami http://www.amgold.com.my/listdealer.asp?negeri=Johor



Senarai Harga Emas & Perak AMgold pada 09.05.2012


Gold Bar 24KKami Jual(RM/gram)Kami Beli
(RM/gram)
  Gold Bar (100g)174.71157.71
  Jewellery 24K (100g)177.71157.71
  Jewellery 22K (100g)170.71150.71
  1 Dinar Emas 4.25g, 917723.84651.46
  Syiling Emas  (1 ozt)179.71157.71
  1Kg Silver Bar3,931.913,131.91
 Tarikh Kemaskini : 09/05/2012
Kedai Emas (FGJAM):
999 - RM 190.00
916 - RM 180.00

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi pengedar sah kami:
Azami :- 012-723 7275 / 017-501 72752 (sms)
atau layari laman web kami http://www.amgold.com.my/listdealer.asp?negeri=Johor