Monday, November 30, 2020

Surah At-Tawbah 63

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Isnin 30.11.2020 @ 14 RabiulAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:63 - Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar

Prayer times for Isnin 30 Nov (Segamat, Malaysia): 5:45 AM, 1:00 PM, 4:23 PM, 6:59 PM, 8:13 PM
#FightCovid19Days258 #WalkTheTalk

Friday, November 27, 2020

Surah At-Tawbah 60

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Jumaat 27. 11.2020 @ 11 RabiulAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:60 - Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Prayer times for Jumaat 27 Nov (Segamat, Malaysia): 5:44 AM, 12:59 PM, 4:22 PM, 6:58 PM, 8:12 PM
#FightCovid19Days255 #WalkTheTalk

Friday, November 20, 2020

Surah At-Tawbah:53

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Jumaat 20. 11.2020 @ 04 RabiulAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:53 - Katakanlah: "Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa, tidak sekali-kali akan diterima daripada kamu, (kerana) sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang fasik".

Prayer times for Jumaat 20 Nov (Segamat, Malaysia): 5:43 AM, 12:57 PM, 4:19 PM, 6:56 PM, 8:09 PM
#FightCovid19Days248 #WalkTheTalk

Wednesday, November 18, 2020

PAS dan Umno Selangor teguh berpegang pada arahan memperkasakan Muafakat Nasional. Muafakat membawa berkat apabila masing- masing pimpinan berjiwa besar. Kerap duduk berbincang dengan matang dan penuh kasih sayang demi Agama, bangsa dan negara. 

Tiada yang kusut yang tidak dapat dileraikan tiada yang keruh yang tidak dapat dijernihkan.Pokoknya bertegur-sapa,  berbincang dan bermesyuarat.

Kesatuan berteraskan perintah Allah membina  kekuatan seteguh gunung. Datanglah ribut atau badai melanda tidak terkuis atau goyang ia malah lebih ampuh dan perkasa.

Semoga kemenangan yang dijanjikan dikurnia Allah swt.

(Perjumpaan mahabbah Pengerusi/Pesuruhjaya Badan Perhubungan Umno & PAS Negeri Selangor YB Tan Sri Noh Omar & YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi.)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1383917848614214&id=100009880363600

Surah At-Tawbah:51

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Rabu 18.11.2020 @ 02 RabiulAkhir 1442H.  Peringatan buat diriku dari:

Surah At-Tawbah:51 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

Prayer times for Rabu 18 Nov (Segamat, Malaysia): 5:42 AM, 12:57 PM, 4:19 PM, 6:56 PM, 8:09 PM
#FightCovid19Days246 #WalkTheTalk