Saturday, April 30, 2022

Surah 'Ibrāhīm:31

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Sabtu 30.04.2022 @ 28 Ramadan 1443H. Peringatan @ Pengajaran buat diriku dari:

Surah 'Ibrāhīm:31 - Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).

Waktu solat pada  Sabtu 30 Apr 2022 (Segamat): 5:51 PG, 1:09 PTG, 4:27 PTG, 7:13 PTG, 8:25 PTG
#FightCovid19Days774 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Wednesday, April 27, 2022

Surah 'Ibrāhīm:29

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Rabu 27.04.2022 @ 25 Ramadan 1443H. Peringatan @ Pengajaran buat diriku dari:

Surah 'Ibrāhīm:29 - (Iaitu) neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; dan (ingatlah), seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka Jahannam.

Waktu solat pada Rabu 27 Apr 2022 (Segamat): 5:52 PG, 1:09 PTG, 4:26 PTG, 7:14 PTG, 8:25 PTG
#FightCovid19Days771 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Friday, April 22, 2022

Surah 'Ibrāhīm:24

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Jumaat 22.04.2022 @ 20 Ramadan 1443H. Peringatan @ Pengajaran buat diriku dari:

Surah 'Ibrāhīm:24 - Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

Waktu solat pada Jumaat 22 Apr 2022 (Kuala Lumpur): 5:56 PG, 1:15 PTG, 4:29 PTG, 7:20 PTG, 8:31 PTG
#FightCovid19Days766 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Tuesday, April 19, 2022

Surah Al-Qadr:1

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selasa 19.04.2022 @ 17 Ramadan 1443H. Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1443H. Peringatan @ Pengajaran buat diriku dari:

Surah Al-Qadr:1 - Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

Waktu solat pada Selasa 19 Apr 2022 (Segamat): 5:54 PG, 1:11 PTG, 4:24 PTG, 7:15 PTG, 8:25 PTG
#FightCovid19Days763 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Sunday, April 17, 2022

Surah Al-'Aĥqāf:15

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Ahad 17.04.2022 @ 15 Ramadan 1443H. Peringatan @ Pengajaran buat diriku dari:

Surah Al-'Aĥqāf:15 - Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

Waktu solat pada Ahad 17 Apr 2022 (Segamat): 5:55 PG, 1:11 PTG, 4:24 PTG, 7:15 PTG, 8:25 PTG
#FightCovid19Days761 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Tuesday, April 5, 2022

Surah Al-Baqarah:185

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selasa 05 04.2022 @ 03 Ramadan 1443H. Peringatan @ Pengajaran buat diriku dari:

Surah Al-Baqarah:185 - (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Waktu solat pada Selasa 05 Apr 2022 (Segamat): 6:00 PG, 1:15 PTG, 4:20 PTG, 7:17 PTG, 8:27 PTG
#FightCovid19Days749 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Saturday, April 2, 2022

Surah 'Ibrāhīm:10

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Sabtu 02 04.2022 @ 30 Syaaban 1443H. Peringatan @ Pengajaran buat diriku dari:

Surah 'Ibrāhīm:10 - Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata".

Waktu solat pada Sabtu 02 Apr 2022 (Johor Bahru): 5:57 PG, 1:11 PTG, 4:16 PTG, 7:14 PTG, 8:23 PTG
#FightCovid19Days746 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran