Tuesday, December 28, 2021

Surah Yūsuf:72

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selasa 28.12.2021 @ 23 JamadilAwal 1443H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Yūsuf:72 - Orang-orang menteri menjawab: "Kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu".

Waktu solat pada Selasa 28 Dis 2021 (Segamat): 5:48 PG, 1:13 PTG, 4:38 PTG, 7:11 PTG, 8:27 PTG
#FightCovid19Days651 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Tuesday, December 21, 2021

Surah Yūsuf:65

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selasa 21.12.2021 @ 16 JamadilAwal 1443H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Yūsuf:65 - Dan semasa mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang dagangan mereka telah dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata dengan gembiranya: "Wahai ayah kami! Apa yang kita kehendaki lagi? Ini dia barang-barang dagangan yang kita jadikan tukaran (bagi mendapat gandum) itu telah dikembalikan kepada kita. Dan (dengan kemurahan hati menteri yang berbudi itu) akan dapatlah kami membawa lagi bekalan makanan kepada keluarga kami, dan kami pula akan dapat menjaga saudara kami, serta akan dapat tambahan benda-benda makanan sebanyak muatan seekor unta lagi. Pemberian tambahan yang sebanyak itu mudah sekali ditunaikannya".

Waktu solat pada Selasa 21 Dis 2021 (Segamat): 5:44 PG, 1:10 PTG, 4:34 PTG, 7:07 PTG, 8:23 PTG
#FightCovid19Days644 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Sunday, December 19, 2021

Surah Yūsuf:63

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Ahad 19.12.2021 @ 14 JamadilAwal 1443H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Yūsuf:63 - Maka ketika mereka kembali kepada bapa mereka, berkatalah mereka: "Wahai ayah kami! Kami (tetap diberi amaran bahawa kami) tidak akan mendapat lagi bekalan makanan (kiranya Bunyamin tidak pergi bersama). Oleh itu, hantarkanlah dia bersama-sama kami, supaya kami dapat lagi bekalan makanan; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".

Waktu solat pada Ahad 19 Dis 2021 (Segamat): 5:43 PG, 1:09 PTG, 4:33 PTG, 7:06 PTG, 8:22 PTG
#FightCovid19Days642 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Thursday, December 16, 2021

Surah Yūsuf:60

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Khamis 16.12.2021 @ 11 JamadilAwal 1443H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Yūsuf:60 - Oleh itu, kalau kamu tidak membawanya kepadaku, maka tidak ada hak bagi kamu mendapat bekalan makanan di sisiku, dan janganlah kamu menghampiriku lagi".

Waktu solat pada Khamis 16 Dis 2021 (Segamat): 5:42 PG, 1:07 PTG, 4:32 PTG, 7:05 PTG, 8:21 PTG
#FightCovid19Days639 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Wednesday, December 15, 2021

Surah Yūsuf:59

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Rabu 15.12.2021 @ 10 JamadilAwal 1443H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Yūsuf:59 - Dan ketika Yusuf menyediakan untuk mereka bekalan mereka, berkatalah ia:" (Pada kali yang lain) bawalah kepadaku saudara kamu yang sebapa. Tidakkah kamu melihat, bahawa aku menyempurnakan bekalan makanan kamu, dan bahawa aku sebaik-baik penerima tetamu?

Waktu solat pada Rabu 15 Dis 2021 (Segamat): 5:41 PG, 1:07 PTG, 4:31 PTG, 7:04 PTG, 8:20 PTG
#FightCovid19Days638 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Monday, December 13, 2021

Surah Yūsuf:57

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Isnin 13.12.2021 @ 08 JamadilAwal 1443H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Yūsuf:57 - Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

Waktu solat pada Isnin 13 Dis 2021 (Segamat): 5:40 PG, 1:06 PTG, 4:30 PTG, 7:03 PTG, 8:19 PTG
#FightCovid19Days636 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Sunday, December 12, 2021

Surah Yūsuf:56

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Ahad 12.12.2021 @ 07 JamadilAwal 1443H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Yūsuf:56 - Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.

Waktu solat pada Ahad 12 Dis 2021 (Segamat): 5:40 PG, 1:06 PTG, 4:30 PTG, 7:03 PTG, 8:19 PTG
#FightCovid19Days635 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Friday, December 10, 2021

Surah Yūsuf:54

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Jumaat 10.12.2021 @ 05 JamadilAwal 1443H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Yūsuf:54 - Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: "Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami ".

Waktu solat pada Jumaat 10 Dis 2021 (Segamat): 5:39 PG, 1:05 PTG, 4:29 PTG, 7:02 PTG, 8:18 PTG
#FightCovid19Days633 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Thursday, December 9, 2021


Surah Yūsuf:53

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Khamis 09.12.2021 @ 04 JamadilAwal 1443H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Yūsuf:53 - "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Waktu solat pada Khamis 09 Dis 2021 (Segamat): 5:39 PG, 1:04 PTG, 4:29 PTG, 7:01 PTG, 8:17 PTG
#FightCovid19Days632 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Sunday, December 5, 2021

Surah Yūsuf:49

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Ahad 05.12.2021 @ 30 RabiulAkhir 1443H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Yūsuf:49 - "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

Waktu solat pada Ahad 05 Dis 2021 (Segamat): 5:37 PG, 1:02 PTG, 4:27 PTG, 7:00 PTG, 8:15 PTG
#FightCovid19Days628 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Saturday, December 4, 2021

Surah Yūsuf:48

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Sabtu 04.12.2021 @ 29 RabiulAkhir 1443H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Yūsuf:48 - Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

Waktu solat pada Sabtu 04 Dis 2021 (Segamat): 5:37 PG, 1:02 PTG, 4:26 PTG, 6:59 PTG, 8:15 PTG
#FightCovid19Days627 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Thursday, December 2, 2021

Surah Yūsuf:46

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Khamis 02.12.2021 @ 27 RabiulAkhir 1443H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Yūsuf:46 - (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya".

Waktu solat pada Khamis 02 Dis 2021 (Segamat): 5:36 PG, 1:01 PTG, 4:25 PTG, 6:59 PTG, 8:14 PTG
#FightCovid19Days625 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

Wednesday, December 1, 2021

Surah Yūsuf:45

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Rabu 01.12.2021 @ 26 RabiulAkhir 1443H. Peringatan buat diriku dari:

Surah Yūsuf:45 - Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: "Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) ".

Waktu solat pada Rabu 01 Dis 2021 (Segamat): 5:36 PG, 1:01 PTG, 4:25 PTG, 6:58 PTG, 8:13 PTG
#FightCovid19Days624 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran