Monday, August 23, 2021

Pelan Cadangan Ekonomi Baru dan Perkara - perkara untuk pertimbangan dalam Bajet 2022

https://www.facebook.com/578408466/posts/10159338009318467/?d=n

Pelan Cadangan Ekonomi Baru dan Perkara - perkara untuk pertimbangan dalam Bajet 2022

Kesemua ini masih memerlukan pendetilan dan kajian yang lebih mendalam.

1.Disamping meneruskan bantuan - bantuan tunai kepada rakyat. Malaysia perlu tindakan drastik. Kerajaan perlu menyokong kepada pembangunan infrastruktur yang menguntungkan negara, pedagang - pedagang  dunia. Konglomerat dan Kuasa ekonomi dunia. Ekonomi berimpak tinggi untuk negara. Kesan perang dunia yang mungkin akan berlaku pada bila - bila masa. Memerlukan bahan tenaga. 

2.Menyediakan unit - unit khas dalam sektor KESIHATAN untuk membendung penularan Covid19 seperti Mini Klinik /KLINIK BERGERAK untuk kelengkapan saringan Covid19 dan sebagainya.

3.Persediaan dan impak kepada projek terusan Segenting Kra / Kra Canal di selatan Thailand.

4.Mencari jalan untuk mengurangkan kesibukan kapal - kapal dagang dan aktiviti lanun yang berleluasa di Selat Melaka dan pencemaran laut yang berlaku.

5.Pedagang Dunia memerlukan jalan singkat bagi mendapatkan dan membekal bahan tenaga, bahan dagangan lain.

6.KEDAH dan KELANTAN. Atau negeri - negeri UTARA SEMENANJUNG dan juga SABAH dan SARAWAK yang hampir 100% kaum Melayu / Bumiputera. Pembangunan pelabuhan penting dunia era baru.

7.Pembekalan makanan dunia, aktiviti perladangan dan langkah penyediaan dalam usaha untuk menyediakan keperluan jaminan makanan atau FOODS SECURITY - HUB HALAL DUNIA untuk pasaran dunia. Negara Timur dan Barat.

8.Menyediakan infrastruktur yang lengkap dan menguntungkan negara dan pedagang dalam sektor Pembekalan bahan tenaga - Oil and Gas - HUB PETROLEUM DUNIA.

9.Negara juga perlu menyokong pembinaan IPP, stesen - stesen janakuasa elektrik bagi menyokong pembangunan ekonomi lain. Kilang - kilang pembuatan dan sebagainya.

10.Kembalikan GST agar, kompetitif dan berdaya saing dengan negara dagang lain. Sistem cukai yang lebih telus, standard antarabangsa yang telah dan sedang digunakan oleh 170 negara lain.

11.Insentif kepada kemasukan dana - dana daripada pelabur dan juga pinjaman untuk sebarang bentuk FDI ke dalam negara.

12.Mengurangkan kadar cukai bagi menyokong pembangunan industri - industri yang strategik dan berimpak tinggi.

Mohon mencadang agar mendapat perhatian.

Sekian, terima kasih.

TENGKU RAHIM T RAMLI
Pengarah Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Antarabangsa
Dewan Perniagaan Bumiputra FELDA 
23 Ogos 2021