Tuesday, August 4, 2020

Syarikat JUAL BELI YB bakal ditubuhkan

*Syarikat Jual Beli YB Bakal Ditubuhkan* - Zamil Ibrahim

Kuala Lumpur - 3 Ogos.
Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia ( KPPUM ) Sedang Mencari Nama Yang Sesuai Untuk Dinamakan Di Sebuah Syarikat & Trading Dan Didaftarkan Di SSM dalam Masa Terdekat Ini Yang Mana Syarikat & Trading Ini Khusus Untuk Menyediakan Perkhidmatan Melompat Parti Atau Menukar Kerajaan.
Perniagaan Ini Dilihat Sangat Menguntungkan . Perniagaan Ini Mungkin Tidak Sesuai Di Negara Lain Namun Di Malaysia , Sekarang Ianya Menguntungkan.

Timbalan Presiden KPPUM Saudara Zamil Ibrahim Ketika Dihubungi Untuk Ulasan Kes Adun Melompat Di Sabah Baru Baru Ini Menyatakan , Tidak Perlu lagi Menteri Tertentu Pergi Ke Negeri Negeri Melobi Untuk Menukar Kerajaan Atau Melobi Menukar Parti , Biar Syarikat Yang Baru Nak Ditubuhkan Ini Lakukan , Lagi Pulak Buat Malu Pada Rakyat Saja Tugas Ini Dilakukan Oleh Seorang Yang Bergelar Menteri , Yang Pada Pandangan Rakyat Tidakkah Kementerian Beliau Tertumpu Pada Hal Lompat Parti Sahaja ?

Pada Saya , Ini Kerja Menjijikkan ! Jika Kamu Ingin Melakukannya , Letak Jawatan Menteri dan Tumpu Pada Tugas  Jijik Ini. 
Jika Tugas Atau Kerja Ini Dihalalkan Di Malaysia , Saya Akan Cadangkan Pada Mesyuarat KPPUM Hujung Bulan Ini Agar KPPUM Menubuhkan Satu Syarikat Atau Trading Untuk Menjalankan Perniagaan Jual & Beli Wakil Wakil Rakyat Di Malaysia Ini.
Beliau Mengakhiri Perbualan Dengan Menyatakan , Apa Yang Berlaku Kini Di Malaysia Dalam Hal Jual Beli atau Sogok Jawatan Pada YB YB Amat Memalukan Dan Negara Negara Jiran & Dunia Luar Terutama Dunia Islam Sedang Melihat Perkara Ini , Perkara Ini Jika Tidak Dibendung Ianya Mungkin Akan Menjadi Budaya Politik Baru Di Malaysia Kelak Dan Kepada YB YB Ini , Jika Kalian Ada Keinginan Untuk Bertanding Lagi Nanti , Adalah Lebih Baik Kalian Bertanding Atas Nama Kalian Sendiri Dan Bukannya Atas Lambang Mana Mana Parti Dan Kepada Parti Parti Politik , Pilihlah Calon Yang Ada Maruah Diri  Serta Pastikan Budaya Melompat Parti Tidak Berulang Lagi .

MediaSuaraMerdeka.

Monday, August 3, 2020

WAYANG KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL SIAPA PENGARAHNYA?

Wayang Kerajaan Perikatan Nasional.
Siapa Pengarahnya?

Tun Dr Mahathir Mohamat sudah terhenti menjadi Pengerusi PPBM.

2. Sebelum dia terhenti, dia sudah buat skrip yang cukup lengkap, storyboard mengikut arahannya.

3. Dia dibelakang Operasi Sharaton. Dengan lakonan dapat menarik  UMNO dan PAS bergabung membentuk Kerajaan. Maka di mata DAP, PKR dan PAN Tun Dr Mahathir Mohamad tidak terlibat.

4. Hari ini dia masih Pengerusi tetapi bukan Pengerusi PPBM tetapi Pengerusi Majlis Menteri Perikatan Nasional, dia tidak berada dihadapan. Tetapi PM Muhyidddin Yasin, bertindak sebagai khadam (budak suruhannya)

5. Menteri dari UMNO dan PAS bukan sedar semua ini. PM Muhyiddin Yasin menerima arahan dari dia dari masa ke sama.

6. Pertunjuknya sangat mudah. Perletakan jawatan Shahrudin Md Salleh hanya drama sebabak. Itulah orang yang menghantar dan menerima arahan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada PM Muhyiddin Yasiab.  Mana ada komen PM Muhyiddin Yasin atas perletakan jawatannya.

7. Kini dia uji lagi. Keputusan hendak
meletakan S. Ambiga sebagai Pengerusi SPR  cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad, ini bertujuan hendak mengetahui Ahli Parlimen khasnya dari UMNO dan PAS sudah di bisukan atau belum.

8. Mahyuddin Yasin tidak lebih pesuruh Dr Mahathir Mohamad dan glamour dengan jawatanya. Cuba analisa Menteri dia lantik. Siapa dia, dan dimana UMNO dan PAS.

Maka berwaspadalah permainan Tun Dr Mahathir Mohamad, satu masa ceritarama yang dia menjadi dalangnya akan terbongkar juga. Tunggu masanya.

Sang Kelembai.
Aagust 2, 2020
Pantai Remis.

Terima kasih sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218429710273847&id=1226460439

Sunday, August 2, 2020

Apa tu "Collective Ministerial Responsibility"

KJ, hang pernah dengar konsep "collective ministerial responsibility" tak? Setiap keputusan kabinet adalah keputusan setiap menteri dalam kabinet. Hidup mati kena satu hati. So, aku cadangkan hang jangan "move on". Sebab sekiranya Najib Razak bersalah kepada rakyat Malaysia dalam isu 1MDB dan SRC, bermakna hang juga bersalah secara bersama. 

Dan apa kelayakan hang untuk menjadi menteri sekarang? Kan hang dah terima kekalahan UMNO disebabkan oleh Najib? So, kenapa hang terima jawatan sekarang? Betul UMNO telah diterima semula oleh rakyat tapi apa sumbangan hang untuk memulihkan imej UMNO di mata rakyat?

Aku bagi tau, salah satu punca UMNO diterima rakyat selepas kekalahan pada PRU14 adalah kebangkitan Bossku. Najib mungkin punca kekalahan UMNO dua tahun dulu tapi punca utama pembentukkan kerajaan sekarang adalah Bossku. Tanpa Bossku, UMNO tewas dalam PRK Sungai Kandis, MCA tewas dalam PRK Balakong, PAS tewas dalam PRK Seri Setia dan tiada wakil "PN" dalam PRK Port Dickson. Masa itu, KJ, saja nak tanya, hang kat mana dan buat apa?

Setelah gelombang Bossku bergelora, barulah UMNO/BN menang semua PRK mulai dari PRK Cameron Highlands sampai PRK Chini. Selepas melihat kebangkitan UMNO dan PAS (Muafakat Nasional), barulah Bersatu and Azmin & Co terpaksa meninggalkan PH untuk membentuk PN. Dan apabila PN menjadi kerajaan, tiba-tiba hang rasa diri hang layak untuk menjadi menteri? Podah dei!

P.S. KJ, secara kesimpulannya, hang sepatutnya "get loss" dan bukan "move on". Jangan lupa, 'ooth agar baith bhi jaye, tab bhi gaday se oocha hain'. Ini peribahasa Hindi. Bermakna, unta kalau terduduk pun, masih lebih tinggi daripada keldai. Unta yakni Bossku. Keldai hang tau lah siapa!

Terima kasih sumber:
https://www.facebook.com/2151812461700543/posts/2677482649133519/

Di Belakang Duri Di Depan Api

1. Di belakang duri. Di depan api.
.
Ahli politik bijak menyembunyikan cabaran besar tahun 2021. Mereka kata pemulihan ekonomi bakal datang dalam bentuk V shape. Ini untuk membugarkan rasa segar dalam jiwa rakyat.
.
2. Perlu ada "feel good factor" sebelum pilihanraya umum pada bulan Oktober atau November nanti. Hakikatnya cabaran tetap datang apabila sampai waktunya.
.
 Dunia bakal berdepan historic economics downturns. Virus sedang rancak menyerang USA, Brazil, Afrika Selatan. Ia kembali galak memukul negara Jepun, Eropah dan China.
.
3. Kadar jangkitan sekarang adalah 250,000 orang sehari. Jangkaan pakar pandemik , trend sebegini akan menjangkiti 50 juta manusia sepanjang 2020 dan bakal berlaku sejuta kematian. (dengan izin Allah)

Menjelang Ogos, dikatakan bakal berlaku, catatan hampir 700,000 kematian. 
.
4. Ekonomi USA telah menguncup pada kadar 32.9%. Sesuatu yang amat tragik dalam sejarah dunia kepada negara kuasa ekonomi dunia. Bayangkan corporate bangkruptcy.  160 syarikat besar di USA telah mengistiharkan mereka bangkrap. 
.
JC Penney Co, Hertz Global Holdings, Ascena Retail Group adalah antara contoh syarikat yang telah bangkrap.
.
Jun, 2020 adalah titik balik dari tahap terburuk kepada pemulihan. Demikian lah ramalan awal dan ekonomi dijangka akan mula mendaki V shaped untuk kembali ke paras asal pada penghujung 2021.
.
5. Apakah benar ia akan berlaku begitu? Setakat ini sulit untuk menggambarkan begitu, melihat pada kemungkinan virus Covid 19 masih mengintai dibalik pintu, menunggu masa untuk memukul pantas menyerang dalam gelombang kedua.
.
Manusia sifatnya mudah lupa. Saat alpa dan berpoya, Covid 19 akan datang menunjukkan rupa dan membakar segala harapan, menjadikan langkah pemulihan panjang dan kembali berliku.
.
6. Jawapan di tangan kita. 
.
Bangsa Malaysia yang siaga dan siap mematuhi SOP arahan demi hari esok yang cepat cerah dan kita  berubah untuk kembali pulih seperti sebelumnya.
.
7. Samada kehidupan mahupun ekonomi, biar negara kita jadi contoh. negara yang sentiasa ke depan, sahut cabaran. 
.
Kita jaga kita.

Terima kasih sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3746692052023822&id=100000491917020