Saturday, April 17, 2021

Surah Al-'Aĥqāf: 15

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Sabtu 17.04.2021 @ 05 Ramadan 1442H. Peringatan buat diriku dari: 

Surah Al-'Aĥqāf:15 - Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

Waktu solat pada Sabtu 17 Apr 2021 (Segamat): 5:55 PG, 1:11 PTG, 4:24 PTG, 7:15 PTG, 8:25 PTG
#FightCovid19Days396 #WalkTheTalk
#WalkTheTalk 

Thursday, April 15, 2021

Surah Al-Baqarah: 185

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Khamis 14.04.2021 @ 02 Ramadan 1442H. Peringatan buat diriku dari: 

Surah Al-Baqarah:185 - (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Waktu solat pada Khamis 15 Apr 2021 (Segamat): 5:56 PG, 1:12 PTG, 4:23 PTG, 7:15 PTG, 8:25 PTG
#FightCovid19Days394 #WalkTheTalk

Friday, April 9, 2021

Surah Yūnus: 63

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Jumaat 09.04.2021 @ 26 Syaaban 1442H. Peringatan buat diriku dari: 

Surah Yūnus:63 - (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

Waktu solat pada Jumaat 09 Apr 2021 (Segamat District, Johor, Malaysia): 5:58 PG, 1:13 PTG, 4:22 PTG, 7:16 PTG, 8:26 PTG
#FightCovid19Days388 #WalkTheTalk

Friday, April 2, 2021

Surah Yūnus: 56

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Jumaat 02.04.2021 @ 19 Syaaban 1442H. Peringatan buat diriku dari: 

Surah Yūnus:56 - Dia lah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan.

Waktu solat pada Jumaat 02 Apr 2021 (Segamat, Malaysia): 6:01 PG, 1:15 PTG, 4:19 PTG, 7:18 PTG, 8:27 PTG
#FightCovid19Days381 #WalkTheTalk

Thursday, April 1, 2021

Surah Yūnus: 55

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Khamis 01.04.2021 @ 18 Syaaban 1442H. Peringatan buat diriku dari: 

Surah Yūnus:55 - Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Waktu solat pada Khamis 01 Apr 2021 (Segamat, Malaysia): 6:01 PG, 1:16 PTG, 4:19 PTG, 7:18 PTG, 8:27 PTG
#FightCovid19Days380 #WalkTheTalk