Sunday, March 16, 2014

Rezeki biar sedikit tetapi berkat

Anda Musykil Dr Mashitah Jawab


Rezeki biar sedikit tetapi berkat

Saya ada kemusykilan mengenai duit upah yang terima.
Saya bekerja sebagai juruukur bahan dengan sebuah syarikat kontraktor. 
Bila tiba masa untuk meluluskan tuntutan bayaran, seorang subkontrator menyatakan ingin membayar upah kepada saya kerana ‘menolongnya’. 

Sedangkan tugas saya adalah membuat persediaan untuk membayar tuntutan berkenaan, walaupun dia tidak bayar upah kepada saya.

Adakah upah ini rasuah atau duit sampingan yang halal bagi saya?

PENCARI REZEKI HALAL 
Sungai Petani
 


Semoga Allah SWT memberkati rezeki saudari. Rezeki yang baik bukan yang banyak tetapi berkat walaupun sedikit. 

Saudari tidak meletakkan syarat pembayaran, apalagi memintanya. Saudari sekadar melaksanakan tugas dengan baik dan jujur. 

Jika ada yang hendak memberi tetapi bimbang seandainya terjatuh pada perkara ‘syubhah’ (ragu-ragu), sebaik-baiknya ditolak saja. 

Kalau dia sekadar mahu memberi sebagai tanda berkongsi rezeki dan bersyukur mendapat rezeki, saudari harus menerimanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

No comments:

Post a Comment