Saturday, February 27, 2021

Amalan Sedekah Subuh

Biasakan Diri Buat Amalan Sedekah Subuh. Jadikan Rutin Walau Hanya RM1, Salah Satu Cara Menjemput Rezeki!

1. Menjadi insan yang baik di sisi Allah, selain melakukan segala suruhan, kita juga sangat digalakkan untuk bersedekah.

2. Tidak kiralah berapa nilanya, apa yang penting niat untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

3. Salah satunya adalah dengan melakukan sedekah Subuh. Apakah yang dimaksudkan dengn sedekah Subuh dan kenapa dipanggil begitu.

4. Perkongsian dari Ahliya Fariza ini menerangkan apa yang dimaksudkan dengan sedekah Subuh dengan nilai RM1 saja.

SEDEKAH SUBUH

5. Kenapa sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah di Waktu lain. Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.

6. Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa? Kata Rasullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.

7. Amalkan sedekah Subuh.
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari”

8. Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”

9. Sediakan satu tabung dirumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.

“Ya Allah, dgn berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya”

“Ya Allah, dgn sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tuaku”

“Ya Allah, dgn berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi”, contoh2nya..

10. Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.

11. Rutinkan setiap hari, sehingga 30 – 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah2 itu kpd anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.

TQSumber : https://www.kashoorga.com/biasakan-diri-buat-amalan-sedekah-subuh-jadikan-rutin-walau-hanya-rm1-salah-satu-cara-menjemput-rezeki/

No comments:

Post a Comment