Thursday, October 7, 2021

CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.


*CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.*

1. Sediakan sebuah bekas lutsinar (pandang tembus) seperti bekas kuih raya dan labelkan di sebelah luarnya *TABUNG SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.*

2. Letakkan tabung itu di hadapan tempat anda solat subuh setiap hari *(supaya tidak lupa)*

3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tidak kira berapa RM/sen ikut ikhlas. Waktu hendak memasukkan sedekah itu, anda *NIATKAN* apa hajat di hati anda dengan terperinci *(untuk dunia dan akhirat)*

4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham *(doa awal pagi akan di"amin"kan oleh para malaikat)*

5. Waktu mustajab ialah waktu matahari mula terbit *(selepas solat subuh)* dan *sebelum waktu syuruk*. Kalau sudah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau hendak waktu yang paling mustajab, maka segerakanlah. Jangan terlepas waktu syuruk tu.

6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqamah dalam rutin hidup anda.

7. Secara sedar muhasabahlah pada diri/memikirkan apa nikmat yang anda terima hari ini, *(seperti ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan ketika bertugas, berniaga/kesihatan diri dan keluarga)*. *Maksud rezeki dan nikmat Allah itu amat luas.*

8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan kumpulkan beramai-ramai atau sedekahkan kepada anak yatim dengan membelikan sarapan, *(itu salah satu antara amalan yang terbaik)* atau apa saja amalan lain. Dan Mulakan kembali sebagai hari pertama pada keesokannya.

9. Sekiranya anda keluar outstation, balik kampung atau anda berada di luar dari rumah, selepas subuh keluarkan juga *SEDEKAH SUBUH* itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda. Setelah pulang ke rumah pindahkannya ke dalam tabung *SEDEKAH SUBUH.* 

*APA HENDAK DIBUAT DENGAN DUIT ITU?*

Kita *INFAQ* kepada golongan yang memerlukan seperti masjid, sekolah, fakir miskin, rumah orang2 tua, anak yatim, beli tanah wakaf dan lain-lain. Kita infaq dalam bentuk barangan dan juga duit kepada sekurangnya 15 tempat setiap 40 hari.

*APA TUGAS ANDA SEKARANG?*

1. Laksanakan *SEDEKAH SUBUH* hari ini.
2. Viralkan projek saham akhirat ini dengan niat untuk Saling membantu dan sentiasa dalam rahmat Allah.
.
Cuba amalkan *PROJEK SEDEKAH SUBUH* ini bermula dari keluarga, kampung hingga ke peringkat daerah dan kalau boleh terapkan bersama jemaah yang anda dirikan. Ini akan menjadi dakwah kepada kita semua.

Selamat beramal dan semoga kumpulan *SEDEKAH SUBUH* akan berkembang dengan berkat kerjasama serta sumbangan ikhlas anda semua.. Jazakallah.
Ambil peluang ini, masukkanlah nama anda sebagai bakal *JUTAWAN AKHIRAT.*

No comments:

Post a Comment