Sunday, May 15, 2022

Surah ''Ibrāhīm:44

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Ahad 15.05.2022 @ 14 Syawal 1443H. Peringatan @ Pengajaran buat diriku dari:

Surah ''Ibrāhīm:44 - Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

Waktu solat pada Ahad 15 Mei 2022 (Kuala Lumpur): 5:50 PG, 1:12 PTG, 4:34 PTG, 7:20 PTG, 8:33 PTG
#FightCovid19Days789 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran

No comments:

Post a Comment