Sunday, November 3, 2013

Surah Al-Kahf ayat 23 dan Surah Al-Kahf ayat 24

Ayat 23: Ini apa yang dipanggil ‘Jumlah Mu’taridah’. Ayat ini macam tidak kena mengena dengan ayat sebelumnya. Seperti diselit cerita yang lain pula. Dalam Quran, banyak ayat yang sebegini. Dalam ayat menceritakan suatu perkara, tiba-tiba ada ayat yang nampak asing. Seorang guru yang mengajar Quran perlu memberitahu apakah yang dimaksudkan dengan ayat itu.
18:23
Transliteration
wa-lā taqūlanna li-shayʾin ʾinnī fāʿilun dhālika ghadan
 Sahih International
And never say of anything, “Indeed, I will do that tomorrow,”
Malay
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ

Jangan sekali-kali kamu berkata kepada sesuatu pun:

 إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا

“Sesungguhnya aku akan buat sesuatu perkara ini esok”.
Apabila orang musyirikin Mekah bertanya kepada Nabi tentang kisah penghuni gua itu, Nabi kata baginda akan memberitahu mereka esok. Kerana selalunya Allah akan memberikan jawapan dengan segera. Ini menunjukkan bahawa Nabi tidak tahu perkara ghaib. Kalau Nabi tahu perkara ghaib, tentulah Nabi akan terus cakap kepada mereka. Nabi kena tunggu wahyu dari Allah. Jadi kalau Nabi pun tidak tahu, jangan kita percaya kalau ada tok guru-tok guru yang kata mereka tahu perkara ghaib. Kalau Nabi sendiri pun tidak tahu, takkan mereka boleh tahu pula? Masyarakat kita sampai ada kata kalau tok guru tengok sahaja muka seseorang itu, dia kononnya boleh tahu orang itu baik atau tidak. Berapa banyak wirid dia lakukan semalam, dan macam-macam lagi. Itu semua syaitan yang ajar.
Nabi tidak mendapat wahyu tentang perkara ini selama beberapa hari. Ada yang kata sampai 15 hari. Ini adalah kerana Nabi tidak mengucapkan ‘in sha Allah’. Apabila kaum Quraish bertanya kepada baginda tentang kisah-kisah yang mereka tanya itu, Nabi jawap yang baginda akan memberikan jawapan itu esok hari. Ada satu hadis Hadis dari Bukhari & Muslim berkenaan Nabi Sulaiman juga pernah tidak menyebut in sha Allah:
Sulaiman bin Dawud pernah berkata:”Aku akan menggilir 70 orang isteriku dalam satu  malam yang masing-masing akan melahirkan seorang anak lelaki yang berjuang dijalan Allah”. Malaikat berkata kepadanya “Katakanlah Insyaallah (dengan izin Allah) tetapi Sulaiman tidak mengucapkan. Kemudian dia berkeliling mendatangi isterinya-isterinya itu. Maka tiada seorang pun melahirkan anak kecuali seorang wanita saja yang melahirkan setengah manusia (cacat). Dan Nabi SAW bersabda; “Demi Allah, seandainya ia (sulaiman) berkata Insyaallah, nescaya ia tidak berdosa dan demikian itu sudah cukup untuk memenuhi hajatnya. (memperolehi anak)
Dalam ayat ini, Allah menyuruh Nabi jikalau hendak melakukan sesuatu pada masa akan datang, hendaklah baginda memulangkan hal itu kepada kehendak Allah kerana Allah lah yang Maha Tahu tentang perkara ghaib, perkara yang telah terjadi, yang akan terjadi, yang tidak akan terjadi dan bagaimana akan terjadinya.
—————————————————————————————
Ayat 24: Sambungan ayat ‘jumlah mu’taridah’:
18:24
Transliteration
ʾillā ʾan yashāʾa llāhu wa-dhkur rabbaka ʾidhā nasīta wa-qul ʿasā ʾan yahdiyani rabbī li-ʾaqraba min hādhā rashadan
 Sahih International
Except [when adding], “If Allah wills.” And remember your Lord when you forget [it] and say, “Perhaps my Lord will guide me to what is nearer than this to right conduct.”
Malay
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.

إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ

Melainkan kamu kata “In sha Allah” – Jika Allah kehendaki; Kalau ada kata tok guru tahu ilmu ghaib itu adalah syirik kepada Allah. Iaitu syirik dalam ilmu. Sepatutnya ilmu ghaib itu kepunyaan Allah, tapi kita kata ada manusia yang ada ilmu ghaib pula.

وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ

Dan ingatlah Tuhan kamu ketika kamu lupa; Kalau kita lupa sesuatu, sebutlah nama Allah, bacalah contohnya ‘subhanallah‘ banyak kali. Mudah-mudahan dengan kita ingat Tuhan itu, Dia akan memberikan kita ingat balik apa yang kita lupakan. Kerana lupa itu disebabkan oleh syaitan, seperti yang disebutkan dalam ayat 63 surah ini. Apabila syaitan telah diusir, in sha Allah, lupa itu akan hilang.

 وَقُلْ عَسَىٰ أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا

Dan katakanlah; mudah-mudahan Tuhanku akan menunjukkan kepadaku petunjuk yang lebih dekat dari ini. 
Dua ayat ini dipanggil jumlah mu’taridah. Allah tegur Nabi kerana tidak sebut in sha Allah. Maka kita pun diingatkan supaya tidak lupa menyebut in sha Allah dalam banyak perkara.  Selepas itu baru kembali balik kepada kisah Pemuda Kahfi. Banyak ayat Quran yang perlu tafsiran. Oleh itu kena belajar berdepan – dinamakan belajar secara talaqqi. Barulah kita dapat faham Quran dengan sebenarnya. Tidak boleh faham Quran sendiri. Takut tersalah.
————————————————————————————-
(terimakasih sumber:http://tafsirsunnah.wordpress.com/2013/05/11/tafsir-surah-al-kahfi-ayat-1-31/)

azamiothman segamat kata:

"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”." (Surah Al-Kahf 18:23)

"Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”." (Surah Al-Kahf 18:24)


No comments:

Post a Comment