Sunday, August 2, 2020

Di Belakang Duri Di Depan Api

1. Di belakang duri. Di depan api.
.
Ahli politik bijak menyembunyikan cabaran besar tahun 2021. Mereka kata pemulihan ekonomi bakal datang dalam bentuk V shape. Ini untuk membugarkan rasa segar dalam jiwa rakyat.
.
2. Perlu ada "feel good factor" sebelum pilihanraya umum pada bulan Oktober atau November nanti. Hakikatnya cabaran tetap datang apabila sampai waktunya.
.
 Dunia bakal berdepan historic economics downturns. Virus sedang rancak menyerang USA, Brazil, Afrika Selatan. Ia kembali galak memukul negara Jepun, Eropah dan China.
.
3. Kadar jangkitan sekarang adalah 250,000 orang sehari. Jangkaan pakar pandemik , trend sebegini akan menjangkiti 50 juta manusia sepanjang 2020 dan bakal berlaku sejuta kematian. (dengan izin Allah)

Menjelang Ogos, dikatakan bakal berlaku, catatan hampir 700,000 kematian. 
.
4. Ekonomi USA telah menguncup pada kadar 32.9%. Sesuatu yang amat tragik dalam sejarah dunia kepada negara kuasa ekonomi dunia. Bayangkan corporate bangkruptcy.  160 syarikat besar di USA telah mengistiharkan mereka bangkrap. 
.
JC Penney Co, Hertz Global Holdings, Ascena Retail Group adalah antara contoh syarikat yang telah bangkrap.
.
Jun, 2020 adalah titik balik dari tahap terburuk kepada pemulihan. Demikian lah ramalan awal dan ekonomi dijangka akan mula mendaki V shaped untuk kembali ke paras asal pada penghujung 2021.
.
5. Apakah benar ia akan berlaku begitu? Setakat ini sulit untuk menggambarkan begitu, melihat pada kemungkinan virus Covid 19 masih mengintai dibalik pintu, menunggu masa untuk memukul pantas menyerang dalam gelombang kedua.
.
Manusia sifatnya mudah lupa. Saat alpa dan berpoya, Covid 19 akan datang menunjukkan rupa dan membakar segala harapan, menjadikan langkah pemulihan panjang dan kembali berliku.
.
6. Jawapan di tangan kita. 
.
Bangsa Malaysia yang siaga dan siap mematuhi SOP arahan demi hari esok yang cepat cerah dan kita  berubah untuk kembali pulih seperti sebelumnya.
.
7. Samada kehidupan mahupun ekonomi, biar negara kita jadi contoh. negara yang sentiasa ke depan, sahut cabaran. 
.
Kita jaga kita.

Terima kasih sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3746692052023822&id=100000491917020

No comments:

Post a Comment