Tuesday, August 4, 2020

Syarikat JUAL BELI YB bakal ditubuhkan

*Syarikat Jual Beli YB Bakal Ditubuhkan* - Zamil Ibrahim

Kuala Lumpur - 3 Ogos.
Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia ( KPPUM ) Sedang Mencari Nama Yang Sesuai Untuk Dinamakan Di Sebuah Syarikat & Trading Dan Didaftarkan Di SSM dalam Masa Terdekat Ini Yang Mana Syarikat & Trading Ini Khusus Untuk Menyediakan Perkhidmatan Melompat Parti Atau Menukar Kerajaan.
Perniagaan Ini Dilihat Sangat Menguntungkan . Perniagaan Ini Mungkin Tidak Sesuai Di Negara Lain Namun Di Malaysia , Sekarang Ianya Menguntungkan.

Timbalan Presiden KPPUM Saudara Zamil Ibrahim Ketika Dihubungi Untuk Ulasan Kes Adun Melompat Di Sabah Baru Baru Ini Menyatakan , Tidak Perlu lagi Menteri Tertentu Pergi Ke Negeri Negeri Melobi Untuk Menukar Kerajaan Atau Melobi Menukar Parti , Biar Syarikat Yang Baru Nak Ditubuhkan Ini Lakukan , Lagi Pulak Buat Malu Pada Rakyat Saja Tugas Ini Dilakukan Oleh Seorang Yang Bergelar Menteri , Yang Pada Pandangan Rakyat Tidakkah Kementerian Beliau Tertumpu Pada Hal Lompat Parti Sahaja ?

Pada Saya , Ini Kerja Menjijikkan ! Jika Kamu Ingin Melakukannya , Letak Jawatan Menteri dan Tumpu Pada Tugas  Jijik Ini. 
Jika Tugas Atau Kerja Ini Dihalalkan Di Malaysia , Saya Akan Cadangkan Pada Mesyuarat KPPUM Hujung Bulan Ini Agar KPPUM Menubuhkan Satu Syarikat Atau Trading Untuk Menjalankan Perniagaan Jual & Beli Wakil Wakil Rakyat Di Malaysia Ini.
Beliau Mengakhiri Perbualan Dengan Menyatakan , Apa Yang Berlaku Kini Di Malaysia Dalam Hal Jual Beli atau Sogok Jawatan Pada YB YB Amat Memalukan Dan Negara Negara Jiran & Dunia Luar Terutama Dunia Islam Sedang Melihat Perkara Ini , Perkara Ini Jika Tidak Dibendung Ianya Mungkin Akan Menjadi Budaya Politik Baru Di Malaysia Kelak Dan Kepada YB YB Ini , Jika Kalian Ada Keinginan Untuk Bertanding Lagi Nanti , Adalah Lebih Baik Kalian Bertanding Atas Nama Kalian Sendiri Dan Bukannya Atas Lambang Mana Mana Parti Dan Kepada Parti Parti Politik , Pilihlah Calon Yang Ada Maruah Diri  Serta Pastikan Budaya Melompat Parti Tidak Berulang Lagi .

MediaSuaraMerdeka.

No comments:

Post a Comment