Sunday, August 2, 2020

Apa tu "Collective Ministerial Responsibility"

KJ, hang pernah dengar konsep "collective ministerial responsibility" tak? Setiap keputusan kabinet adalah keputusan setiap menteri dalam kabinet. Hidup mati kena satu hati. So, aku cadangkan hang jangan "move on". Sebab sekiranya Najib Razak bersalah kepada rakyat Malaysia dalam isu 1MDB dan SRC, bermakna hang juga bersalah secara bersama. 

Dan apa kelayakan hang untuk menjadi menteri sekarang? Kan hang dah terima kekalahan UMNO disebabkan oleh Najib? So, kenapa hang terima jawatan sekarang? Betul UMNO telah diterima semula oleh rakyat tapi apa sumbangan hang untuk memulihkan imej UMNO di mata rakyat?

Aku bagi tau, salah satu punca UMNO diterima rakyat selepas kekalahan pada PRU14 adalah kebangkitan Bossku. Najib mungkin punca kekalahan UMNO dua tahun dulu tapi punca utama pembentukkan kerajaan sekarang adalah Bossku. Tanpa Bossku, UMNO tewas dalam PRK Sungai Kandis, MCA tewas dalam PRK Balakong, PAS tewas dalam PRK Seri Setia dan tiada wakil "PN" dalam PRK Port Dickson. Masa itu, KJ, saja nak tanya, hang kat mana dan buat apa?

Setelah gelombang Bossku bergelora, barulah UMNO/BN menang semua PRK mulai dari PRK Cameron Highlands sampai PRK Chini. Selepas melihat kebangkitan UMNO dan PAS (Muafakat Nasional), barulah Bersatu and Azmin & Co terpaksa meninggalkan PH untuk membentuk PN. Dan apabila PN menjadi kerajaan, tiba-tiba hang rasa diri hang layak untuk menjadi menteri? Podah dei!

P.S. KJ, secara kesimpulannya, hang sepatutnya "get loss" dan bukan "move on". Jangan lupa, 'ooth agar baith bhi jaye, tab bhi gaday se oocha hain'. Ini peribahasa Hindi. Bermakna, unta kalau terduduk pun, masih lebih tinggi daripada keldai. Unta yakni Bossku. Keldai hang tau lah siapa!

Terima kasih sumber:
https://www.facebook.com/2151812461700543/posts/2677482649133519/

No comments:

Post a Comment